Dia tekan-tekan button lampu isyarat yang tegak berdiri. Ada beberapa orang yang turut sama menunggu untuk melintas jalan itu memandang sinis kepadanya. Dia tak peduli kalau orang-orang yang memandang kata dia kurang sabar. Memang dia dah kurang sabar sebab sekarang dia dah lambat masuk office. Dia tekan lagi button itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia bawak lari lampu isyarat yang masih merah tu.
"Aduh..lambatnya..", dia kerling jam GUESS hasil tawar menawar di Petaling Street beberapa bulan yang lalu. Dah pukul 9.30 pagi. Kakinya dah bergoyang tak tentu arah.
Fuh !! hijau juga akhirnya. Cepat-cepat dia melintas jalan besar itu. Langkahnya dibesarkan walau pun hakikatnya tak berapa nak besar mana pun. Dia kena cepat sampai kat office sebelum singa betina tu mengamuk dan menjadi raksasa lalat meleteri dia yang memang dah lambat sekarang ni.
Dan...terasa kakinya memijak jalan itu. Dia pandang ke bawah. Melihat kaki kirinya.
"Sandal? Mana sandal aku ni.??", sandal dia dah tercicir. Mungkin putus. Sandal brand Jukebox yang harganya RM10 memang dia usung ke hulu dan ke hilir. Kaki kirinya diangkat ke atas. Kini dia hanya berdiri dengan satu kaki sahaja.
Meliar matanya mencari sandal sebelah kiri yang keciciran. Orang ramai yang lalu lalang tersenyum sinis melihat reaksi dia.
"Apa pandang-pandang?", dia tunjuk berani padahal dalam hati ni dah malu yang amat sangat.
Matanya meliar mencari sandal itu. Hah! kat tengah-tengah jalan tu!!
"Aduh...dah merah pulak lampu ni !! Bencinya !!! Harus bengkak telinga nak dengar takzirah singa betina tu arini..apa lah malang nasib aku ni..", dia membebel mengenang nasib diri sambil kembali menekan button lampu isyarat tu dengan kasar. Dia tak peduli. Yang penting sandal biru tu. Takkan dia nak berkaki ayam masuk office.
-------------------------------------------------
Tangannya bergendang-gendang di stereng kereta mahal kepunyaan Abang Long. Senyum sendiri sambil mendengar dejay JJ membebel di Hitz.fm.
Matanya leka memandang ke arah manusia yang melintas jalan di hadapannya. Macam-macam rupa. Macam-macam bentuk fizikal. Macam-macam peringkat umur.
Namun mata nakalnya tertarik dengan susuk tubuh yang berjalan terjingkit-jingkit itu. Cantik walaupun wajah itu sedang berkerut, desis hatinya. Dia senyum lagi. Senyum gatal yang penuh makna.
Dia perasan mata perempuan itu melilau memandang ke arah jalan tadi.
"Dia cari apa?", bila hati dia mula bertanya-tanya. Dia memang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Maksudnya di sini, dia suka dengan perempuan cantik yang dalam kesulitan hidup. Dia rela bersusah payah bersama-sama perempuan cantik berdahi licin.
Dia betulkan sedikit duduk tubuhnya. Muncul aura untuk menjadi hero sebab pada fikirannya sekarang ini, perempuan cantik itu sedang menghadapi masalah dan dia harus menjelmakan diri menghulurkan pertolongan.
Dia memang ada ciri-ciri seorang hero seperti yang selalu digambarkan di skrin TV atau di novel-novel. Gagah. Sasa. Kacak. Bergaya. Wangi. Berwang. Berkereta mahal dan besar. Bergaji lumayan.
Tinnnnnn tinnnnnnn !!
Bunyi hon yang memekak dari kereta belakang membuatkan dia terperanjat.
"Ya..kejab..", dia mengomel sendiri. Kurang sabar betul pemandu tu !!
Terkocoh-kocoh dia memasukkan gear ke D. Kereta bergerak ke hadapan, kemudian dia memberi signal ke kiri, memberhentikan keretanya.
Dari cermin pandang belakang, dia tengok perempuan tu dah hilang. Tertinjau-tinjau lehernya.
Ishh, dia hentak tangan di stereng kereta. Melepas !!
"Tapi perempuan tadi memang cun", desis hatinya, dan dia kemudian beri signal ke kanan, memecut laju menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.
-----------------------------
"Psssttt...dia tak ada lah...", mendengar saja ayat penyata itu, badannya tegak kembali. Dah tak terhendap-hendap di balik pintu masuk office.
"Lega..", dia hela nafas. Betul-betul lega. Lega sangat.
"Kau pergi mana?", dia belum hilang penat lagi, reporter yang tak berbayar ni dah sibuk nak bergosip.
"Aku terlambat bangun sebab Jojo lambat bangun. Kasut aku pulak putus", mata kawan tu mencerlung memandang dia. Tak berkelip.
Mendengar penjelasan tadi, terus kawan tu datang dekat ke arahnya. Menarik kerusi yang dihadapan dia, kemudian duduk tanpa diundang.
"Jukebox kesayangan kau tu?",
"Emmm...", memang pun.
Dia sembamkan muka di meja. Penat ni.
"Putus kat mana?", kawan tu tanya lagi.
"Kat traffic light bawah tu..", perlahan dia jelaskan. Kawan tu antara dengar tak dengar. Kemudian dia bangun menuju ke pantri. Hajat hati nak buat air. Haus gila ni.
Kawan yang busy body tu pun mengikut jejaknya. Dia buat tak tahu.
Dia ambil mug biru kesayangannya. Dia bukak laci kabinet, ambil Milo 3 in 1. Lepas tu, dia isi suku air panas dalam mug. Curah pulak Milo 3 in 1 tu dalam mug. Kemudian dia masukkan pulak air sejuk ke dalam mug tadi. Dia kacau perlahan. Nampak Milo yang berketul-ketul tu. Milo kegemaran dia.
Dia hirup perlahan. Kembali semula ke meja sambil on kan computer. Kawan tu pun ikut sekali dengan mug berisi air kosong.
"Jadi kau lambat ni sebab terus beli sandal baru lah? Aku nak tengok", kawan tu dah tertinjau-tinjau kakinya. Hishhh...
"Ya lah, takkan aku nak berkaki ayam ke office. Kopak aku bulan ni, Sharifah Umairah oi...", dia mengeluh.
Memang kopak beg duitnya. Hajat di hati nak singgah beli sandal baru di kedai Jukebox kegemaran dia tapi sebab terpandang banner di kedai Bata yang terpampang SALE 70% sebesar-besar gajah, haruslah dia terpedaya dan terpesona. Dan beramal jariahlah dia di kedai Bata tadi dengan sepasang kasut berharga RM35.90.
Tak apa lah, sekali-sekala. Itu yang dia fikir masa membayar harga kasut tadi. Tapi masa dia jalan kaki menuju ke office dengan sandal baru, baru fikirannya teringatkan Angah, adik perempuan kesayanyannya yang dah berbisik mintak duit poket untuk belanja.
Dia pun terus pergi bank-in duit kat si Angah tu. Kalau perut dia tak berisi tak apa, tapi kalau adik dia kelaparan, macam mana? Tak sanggup dia nak membayangkan Angah yang sedang tekun belajar itu menahan kelaparan.
Dia dengan Angah memang dah dilatih untuk berjimat cermat. Kesian dekat emak yang jugak ibu tunggal di kampung tu bersengkang mata mengambil upah menjahit baju. Jadi dia tau, dia tak boleh komplen yang bukan-bukan. Dia tahu Angah pun tau akan hakikat hidup mereka.
Sebab dia tak pernah dengar lagi Angah bising mahukan yang bukan-bukan. Dia selalu pesan pada Angah, belajar lah setinggi mana pun yang Angah mampu, selagi dia ada, dia akan tanggung perbelanjaan Angah.
"Laila Suria, kau ni dah dekat mana?", terkebil-kebil dia memandang Umai yang memandang dia saat ini.
Ya Allah...dia meraup wajahnya.
No comments:
Post a Comment