Photobucket

Monday, September 6, 2010

13

Bukan main pandai Lukman Sham menukar strategi.  Sekarang mereka bertiga berada di dalam KFC berdekatan dengan office Sharifah Umairah dan kawannya yang ayu ni.

Lukman Sham mengambil tempat duduk di hadapan Sharifah Umairah sementara kawan perempuannya itu pula disebelah kiri Sharifah Umairah.  Nak mengurat bukan senang, dia memujuk diri sendiri.  Biar lambat asal dapat, motto hidup Lukman Sham.  Dia tersengih sendiri.

Oleh sebab Sharifah Umairah dan kawan perempuannya dah beli makan tengah hari, jadi mereka hanya minum sahaja.  Sementara Lukman Sham pula memesan dinner plate.  Dia cakap dekat perempuan yang berdua tu dia lapar. 

Laila Suria tak peduli dengan lelaki  yang duduk di hadapan Sharifah Umairah kini. Yang dia peduli sekarang tentang Sharifah Umairah yang dah berubah wataknya  360 darjah dalam sekelip mata.  Hilang semangat kepahlawanan, terus manja meliang liuk macam tak cukup tulang belakang.  Lepas tu, Laila Suria peduli dengan keadaan singa betina yang confirm dah siap sedia nak menyerang bila sekembalinya mereka ke office.  Mengamuk sakanlah makcik tu.  Tak sanggup nak membayangkan betapa ngerinya keadaan tersebut.  Night mare sungguh lah..

Rancak perbualan Sharifah Umairah dengan lelaki itu yang Laila Suria masih tak hafal namanya, tidak berbekas di hati Laila Suria.  Dia kuis-kuis kaki Sharifah Umairah dengan sandalnya.

"Kawan yang ni diam je, bisu ke?", hampir tersembur air milo yang dihirup Laila Suria mendengar pertanyaan lelaki berbaju hijau tu.  Tersedak-sedak dia.

Sharifah Umairah menepuk-nepuk belakang Laila Suria dengan perlahan.

"Sorry lah..saya tanya sebab you diam je dari tadi", Lukman Sham menunjukkan rasa bersalah.

"Sepatutnya I yang mintak maaf.  Nama kawan I ni Ya", Sharifah Umairah menyedari kekhilafannya tersenyum manis memandang Lukman Sham.

"Handsome dan smart.  Mesti somebody ni", Sharifah Umairah berbisik nakal sendiri. Ibarat bulan jatuh ke riba bila Lukman Sham menghulurkan salam perkenalan tadi.  Hatinya dah berbunga-bunga cinta.

Laila Suria memandang Sharifah Umairah.  Gila.

"Umai, aku balik office dulu.  Dah lambat ni.  Risau pulak kalau Tuan Haji cari", perlahan suara Laila Suria kedengaran di cuping telinga Sharifah Umairah yang masih buat selamba.  Jengkel Laila Suria dengan perangai Sharifah Umairah.

Dia bangun sambil menjinjit plastik yang berisi polistren makanan tengah harinya.  Menyumpah-nyumpah di dalam hati mengenangkan perangai Sharifah Umairah.

Melihatkan Lukman Sham yang bergegas bangun, Sharifah Umairah kelam kabut.

"Sham..wait..", terkocoh-kocoh Sharifah Umairah membontoti Lukman Sham yang tidak memberi isyarat untuk menamatkan pertemuan mereka.

No comments:

Post a Comment