Photobucket

Sunday, September 5, 2010

6

Lukman Shahril baring di atas katil.  Memandang syiling dengan plaster yang terukir cantik.   Sempat dia berpesan pada Mak Teh yang dia tak mahu diganggu buat masa ni.   Seperti biasa Mak Teh faham permintaannya.

Hari ni Lukman Shahril memang tak ada mood.  Dia tak tahu kenapa tapi memang itu yang dia rasa saat sekarang.  Rasa penat. Rasa sunyi.  Rasa nak berblues pun ada. 

Tangannya di alihkan.  Menahan kepalanya di atas katil empuk itu.  Kedinginan bilik dirasai. 

Mulutnya terherot ke kiri dan kanan. 

"Hari Ahad yang boring", dia duduk di birai katil sambil meruap mukanya. 

Tuan Ismail, ayahnya pasti dah ke kebun keluarga mereka di Kuala Selangor.  Ibu, Puan Ainon pasti mengikut  sekali sebab itu memang aktiviti hari minggu mereka suami isteri.

Luki?  Pasti masih tertinggong di atas katil di biliknya sebab aktiviti malam minggu adiknya itu memang membawa sampai ke Subuh.  Berbuih mulut Puan Ainon membebel dan bercakap tentang perangai Luki tetapi Luki tetap Luki.

"Angah promise Angah takkan buntingkan anak dara orang, Ibu", jawapan Luki suatu ketika dulu ketika dia baru pulang dari Aussie.  Muka budak tu memang selamba gila. 

Dan sejak itu, Puan Ainon dah malas nak memantau perangai anak jantannya yang seorang itu.  Selagi perbuatannya belum menconteng arang di muka mereka dan menjejaskan reputasi perniagaan, itu dah cukup baik.

Dan dia masih begini.  Kehidupannya cuma di rumah dan pejabat.  Paling tidak pun dia ada bertemu janji dengan klien membincangkan perjalankan perniagaan.

Setelah jodohnya tiada dengan Sutina, anak Tan Sri Amdan yang cantik paras rupanya itu, dia jadi serik.  Fobia dan trauma. 

Penat bermadu kasih bermadah pujangga dari zaman Universiti, tiba hari untuk berjabat tangan dengan tok kadi, mereka mendapat khabar Sutina telah ditangkap khalwat bersama pemandu sendiri. 

Frust?  Memang Lukman Shahril frust.  Tertonggeng-tonggeng frustnya.  Tapi hidup perlu diteruskan.  Takkan mungkin dia menidakkan takdir tuhan.  Biar berkali-kali Sutina mengatakan dia diperangkap oleh Surina, adik kembarnya yang sebenarnya ada hati terhadap Lukman Shahril, dia tak peduli.  Biar Sutina mengalirkan air mata darahnya sekalipun, Lukman Shahril dah bulatkan kata hati.

No women no loves no cries, motto baru hidupnya selepas kejadian malang itu.  Sebab motto tu jugak, si Luki yang mangkuk hayun tu menganggap dia telah bertukar selera.  Adik dia tu memang gila.

Dengan seluar pendek separas lutut Lukman Shahril bangun dari katil menuju ke balkoni bilik.  Dia depakan tangan seluas-luasnya.  Matanya disajikan dengan flat yang kusam itu. 

Rasanya dah hampir lima tahun pemaju flat tak mengecat bangunan tersebut, Lukman Sham berkira-kira sendiri. 

Dia rapatkan dadanya ke balkoni.  Memandang kenderaan yang lalu lalang.  Ada beberapa gerai yang menjual masakan panas dan minuman. Kelihatan ada yang sedang berjalan sambil bersenang-senang.

Pandangannya jatuh ke arah perempuan montel yang dia selalu nampak turun dari bas di simpang jalan yang memisahkan rumahnya dengan flat tersebut.

Tapi pagi ini, perempuan montel itu berdua dengan seorang perempuan kurus tinggi lampai sambil menjinjit beberapa beg plastik.  Berbelanja barangkali.
 Dia jadi asyik memandang mereka berdua yang bertepuk tampar sesama sendiri.  Lepas tu perempuan montel tu tepuk bahu perempuan kurus tinggi lampai.  Seketika perempuan kurus itu menyapu bahunya.  Mungkin sakit, Lukman Sham senyum sendiri.

Dan tiba-tiba, sebuah motorsikal datang ke arah mereka.  Sepantas kilat perempuan kurus itu terduduk di situ.  Perempuan montel itu kelihatan berlari ke arah motorsikal yang berlalu laju.  Kemudian perempuan montel itu berpatah balik semula ke arah perempuan kurus yang masih terduduk di jalan raya itu.  Beberapa orang telah menghampiri mereka.

Lukman Shahril terpandang bag plastik yang bertaburan.  Tidak dihiraukan oleh perempuan montel itu.

Datang sebuah teksi kuning berhenti betul-betul di tempat kejadian.  Ternampak perempuan montel memapah perempuan kurus masuk ke dalam teksi sambil dibantu oleh beberapa orang yang berada di situ.

Dan teksi terus meluncur laju. 

Lukman Shahril masih memerhatikan tempat kejadian.

"Moga dia selamat hendaknya",

No comments:

Post a Comment