Lukman Sham dan Alfian menyandar kekenyangan di dalam kereta selepas menikmati lunch di Shangri-La Coffee House.
Kereta yang dipandu Alfian berhenti betul-betul di Jalan Silang. Lukman Sham leka membelek i-Padnya. Alfian memandang orang yang lalu lalang di hadapan.
"Cun giler siot..", matanya jelas menangkap susuk tubuh dua orang perempuan yang sedang melintas jalan bersama-sama dengan yang lain. Menyeringai muka gatal Alfian. Pada Alfian, perempuan tadi memang stok untuk dirembeskan.
Lukman Sham yang mendengar turut memanjang lehernya.
"Mana?", Lukman Sham bertanya.
"Tu, perempuan dua orang tu. Tapi yang pakai baju kurung pink tu tau..yang free hair tu kau ambik, kalau kau nak..", muncung mulut Alfian.
Pantas mata Lukman Sham menangkap orang yang dimaksudkan Alfian. Sebaris senyuman terpancar.
"Bro, tu aku punya okey. Dah hampir sepurnama aku cari perempuan tu", Lukman Sham tunjuk buku lima dia kepada Alfian.
"Woi..., motif aku nampak dulu tapi kau cakap itu kau puny?", mata Alfian masih memandang perempuan itu sampai hilang di balik kesesakan lautan manusia yang lalu lalang.
"Aku nampak dia kat sini lah..dulu punya cerita. Lepas tu, aku nampak dia lagi masa aku dinner dengan Murni gedik tu dekat Cinnamon. Dah..jangan banyak bunyi, jalan. Hijau dah tu", Lukman Sham mengisyaratkan agar kereta di pandu kerana lampu isyarat telah bertukar warna. Mujur tak kena hon dek kereta belakang.
"Dan sila hentikan angan-angan kau tu", Alfian menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa gatal. Bagi Alfian, warning dari Lukman Sham tidak berbekas sedikit pun.
Namun Lukman Sham dah ada plan baik. Terkekek-kekek dia ketawa dalam hati.
No comments:
Post a Comment