Jojo mundar mandir di Poliklinik Ishak yang pada masa ini tiada pesakit datang untuk mendapatkan rawatan lagi. Maklumlah klinik baru dibuka tadi masa mereka menerpa masuk mencari doktor. Jojo meninjau-meninjau keadaan Suria yang masih mendapatkan rawatan.
Kebetulan ada pakcik teksi yang sanggup bawa Suria ke klinik lepas kena ragut tadi. Free pulak tu. Syukur Jojo kepada Allah swt. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik pakcik teksi tadi.
Dia kepal-kepal tangannnya yang tembam. Ketiaknya sedikit basah akibat berlari mendapatkan mat rempit a.k.a peragut tadi. Bodoh! Teriaknya masa mat rempit durjana itu menjelirkan lidah ke arahnya. Dan di saat kelam kabut tadi, Jojo sudah terlupa tentang barang dapur yang baru dibeli.
Tapi kalau lah Jojo dapat mat rempit tu, memang Jojo akan tunjal-tunjal kepala dia. Dasar tak pergi sekolah. Nak jadi penyamun sampai mampus agaknya, Jojo merungut. Mendengus kecil.
"Ishh, time macam ni lah perut buat perangai", Jojo pegang perutnya bergegas sambil mendapatkan toilet yang terletak di bahagian belakang klinik berdasarkan kepada signboard kecil di dinding klinik.
Staff di kaunter klinik memandangnya sambil ketawa gelihati. Argghhh, Jojo tak peduli.
Hampir sepuluh minit, dia keluar semula ke ruang menunggu. Didapati Suria masih di dalam bilik rawatan.
Kepalanya dipalingkan bila terdengar bunyi engsel berkeriut. Pintu bilik doktor dibuka. Tersembul wajah lesu Suria yang dah bertampal di dahi. Lututnya juga. Di sebelah Suria kelihatan seorang figura berbaju kemeja kotak-kotak berspek mata dengan rambut disisir kemas. Handsome, mesti doktor, Jojo berkira-kira. Dia hadiahkan senyum manis.
Cepat-cepat Jojo memapah Suria. Terdengket-dengket minah tu berjalan. Dengan perlahan mereka mendapatkan kerusi di hadapan kaunter bayaran.
"Wei, aku mana ada duit sekarang. Duit semua dalam purse tadi", rintihan Suria didengari Jojo.
"Mesti mahal ni sebab siap cuci luka", Suria merintih lagi.
Ishh, rimas betul Jojo dengan perangai Suria yang satu ini.
Jojo tahu masalah Suria. Masalah kewangan yang membebankan. Tapi apa gunanya dia sebagai kawan kalau tak menolong.
"Tu lah, kau suka sangat jalan berlenggang. Dah banyak kali aku pesan, purse tu simpan dalam kocek seluar. Kau tak nak dengar cakap aku. Sekarang ni nak buat macam mana?", saja Jojo menggertak Suria. Juga mengingatkan Suria tentang perangai buruknya.
Suria hanya diam. Tahu khilaf diri sendiri. Cuma sesekali dia mengaduh sakit.
Tapi betullah, dia nak bayar duit ubat tu pakai apa? Pakai daun? Mana ada duit sekarang ni. Semua dah dirampok tadi.
Budak perempuan di dalam kaunter ubat itu kelihatan sedang menulis sesuatu.
"Kita share..",
Tercengang-cengang Suria bila dengar Jojo cakap macam tu. Tapi belum sempat dia nak tanya lebih, Jojo dah bangun mendapatkan budak perempuan di kaunter ubat tadi.
"Nak share? Share pakai bulu kaki boleh lah", Suria mengomel sendiri.
Dipandangnya Jojo yang masih berada di kaunter ubat.
Staff klinik menerangkan preskripsi ubat-ubat kepada Jojo dengan tekun. Jojo hanya diam mendengar.
"Berapa ya?", mulut bertanya tetapi dalam hati berdoa agar harga ubat itu tak semahal harga beg Carlo Rinonya yang baru dia rembat. Itupun lepas dapat diskaun 70% masa Mega Sale bulan lepas.
"Ohh tak per Cik. Semua dah selesai", staff itu memberitahu sambil tangannya ligat memasukkan ubat-ubat ke dalam plastik.
Jojo kehairanan. Tak faham ni.
"Maksud Cik?", Jojo garu kepalanya. Staff itu masih tersenyum. Dia pandang Suria yang terpinga-pinga.
"Tadi ada lelaki masuk klinik. Dia tanya patient. Lepas tu dia tanya pulak harga ubat dan charge rawatan. Dia bayar. Lepas tu dia terus keluar", penjelasan staff yang namanya Liza berdasarkan name tag di dada kirinya itu tidak memuaskan hati Jojo.
Tapi Jojo dah malas nak ambil pusing sebab dia rasa pening kepala sekarang ni.
"Tak pe lah Cik, terima kasih", plastik ubat beralih tangan. Jojo kembali mendapatkan Suria yang dah tegak berdiri.
"Berapa?", Suria bertanya saat kaki mereka menjejaki koridor luar pintu klinik.
Pertanyaan Suria dibiarkan oleh Jojo. Bukan Jojo marah, cuma Jojo masih memikirkan siapakah lelaki budiman yang sanggup membayar kos rawatan tadi.
Suria geram dengan sikap tak endah Jojo. Suria tahu dan yakin sangat yang harganya mahal. Tadi Suria dah cakap yang dia tak apa-apa tapi Jojo berkeras nak bawa dia ke klinik. Dan sekarang ni Jojo pulak tarik muka empat belas dengan dia.
"Sorry lah sebab menyusahkan kau", perlahan suara Suria.
"Kena puasa lah aku lepas ni..", Suria merungut lagi.
"Baik kau bawak tempurung, Ya..mintak derma dekat masjid", mendengar itu, Laila Suria mencubit lengan Jojo yang berlemak. Kenyal betul daging budak ni. Menjerit dia.
"Kau nak suruh aku mintak sedekah ke?",
"Dah kau asyik bising je. Cuba percaya rezeki Tuhan..", bila Jojo dah mula nak bertazkirah.
"Ya lah, makcik..", Jojo buka pintu klinik perlahan, membiarkan Laila Suria meloloskan diri. Mengaduh dia kesakitan.
Saat menuruni anak tangga di depan klinik, tiba-tiba sebuah Mazda RX-8 kaler hitam berhenti betul-betul dihadapan mereka. Menghalang laluan. Membuatkan Jojo tiba-tiba naik angin.
"Buta ke apa? Aku yang dah cukup besar ni pun dia boleh tak nampak..",
"Jo, dah lah, celah sini kan muat lagi kalau kau nak lalu..", memang ada sedikit ruang, betul-betul muat untuk Jojo yang montel itu.
Selang beberapa minit, pemandu dari dalam kereta itu menunjukkan dirinya.
No comments:
Post a Comment