Photobucket

Sunday, September 5, 2010

3

Tuan Haji Fadil masuk ke dalam office dengan senyuman manis di wajah.  Tuan Haji Fadil memang begitu.  Selalu tenang walau dalam apa jua keadaan.  Sebab tu, dia dengan Umai seronok bekerja dengan company Tuan Haji.  Walau pun hanya syarikat printing yang kecil tapi rasa bahagia di sini membuatkan dua tahun berlalu begitu saja.


"Assalamualaikum, Tuan Haji..", dia sapa majikannya.  Wangian perfume menyinggah deria baunya.


"Waalaikumussalam, Ya..Umai..", Tuan Haji menjawab lembut.  Dia letak briefcasenya di meja Umai. Terkebil-kebil minah tu.  Dan dia menahan ketawa melihat reaksi Umai.
 Umai selalu berangan nak jadi menantu Tuan Haji Fadil.  Anak teruna Tuan Haji Fadil yang namanya Muhammad Ali kacak seperti ayahnya, bak kata Umai masa mula-mula ternampak Muhammad Ali yang kebetulan singgah di office berjumpa dengan Tuan Haji Fadil satu ketika dulu.   Sampai merah-merah pipi putih melepak Umai bila Muhammad Ali menghulurkan senyum kepadanya. 

Tapi memang untung kalau dapat bermenantukan Tuan Haji Fadil.  Muhammad Ali lulusan universiti di Mesir. Datang dari keluarga yang baik-baik.   Hajah Aishah, isteri Tuan Haji Fadil pun mesra dengan mereka.  Kalau ada masa, Hajah Aishah akan singgah di office membawa buah tangan  untuk mereka.  Kata Hajah Aishah, dia dah anggap staff Tuan Haji Fadil macam anak-anak mereka. 


"Kak Zainab mana?  Saya tak nampak pun..", mata Tuan Haji Fadil memandang ke arah kerusi Kak Zainab yang kosong.

 "Dia cuti Tuan Haji.  Emergency leave katanya, dia telefon pagi tadi", terang Umai.  Tuan Haji mengangguk kemudian mengambil semula briefcasenya.  Melangkah terus menuju ke pejabat.


Memang Kak Zainab a.k.a singa betina tu telefon Umai pagi tadi,beritahu yang dia tak masuk office sebab ada hal kecemasan.  Hal apa, tidak pulak diberitahu. 

Mereka  tak kisah kalau Kak Zainab nak buat apa sekalipun tapi sekarang ni kerap sangat dia ambil emergency leave.  Macam-macam alasan yang diberikan.  Demam lah, ada urusan anak dia yang baru balik dari Amerika tu lah, mak mertua sakit lah dan macam-macam lagi. 

Cuba kalau mereka berdua yang nak mintak cuti, harus bertanya dan kepochi siang malam sebab-sebab kenapa nak mintak cuti.  Kalau mereka berdua terlambat sedikit masa office, dia akan telefon berkali-kali tanya dimana mereka.  Sebab tu lah mereka menyampah dengan Kak Zainab. 

Tapi Tuan Haji Fadil tak suka Umai dan Suria buruk sangka pada Kak Zainab.  Katanya perasaan syak wasangka tu tak elok dalam Islam.  Umai dan  Suria hanya mengangguk tanda faham bila mendengar tazkirah dari Tuan Haji Fadil masa tu walau pun dalam hati dah dah berbakul-bakul kutukan dilemparkan kepada Kak Zainab. 

"Oh ya, malam ni saya nak belanja kamu makan malam", terus dia dan Umai berpaling ke arah pejabat Tuan Haji Fadil yang memang terbuka pintu biliknya itu.

Makan free lah dia malam ni, yahoooo !!

No comments:

Post a Comment