Photobucket

Monday, September 6, 2010

13

Bukan main pandai Lukman Sham menukar strategi.  Sekarang mereka bertiga berada di dalam KFC berdekatan dengan office Sharifah Umairah dan kawannya yang ayu ni.

Lukman Sham mengambil tempat duduk di hadapan Sharifah Umairah sementara kawan perempuannya itu pula disebelah kiri Sharifah Umairah.  Nak mengurat bukan senang, dia memujuk diri sendiri.  Biar lambat asal dapat, motto hidup Lukman Sham.  Dia tersengih sendiri.

Oleh sebab Sharifah Umairah dan kawan perempuannya dah beli makan tengah hari, jadi mereka hanya minum sahaja.  Sementara Lukman Sham pula memesan dinner plate.  Dia cakap dekat perempuan yang berdua tu dia lapar. 

Laila Suria tak peduli dengan lelaki  yang duduk di hadapan Sharifah Umairah kini. Yang dia peduli sekarang tentang Sharifah Umairah yang dah berubah wataknya  360 darjah dalam sekelip mata.  Hilang semangat kepahlawanan, terus manja meliang liuk macam tak cukup tulang belakang.  Lepas tu, Laila Suria peduli dengan keadaan singa betina yang confirm dah siap sedia nak menyerang bila sekembalinya mereka ke office.  Mengamuk sakanlah makcik tu.  Tak sanggup nak membayangkan betapa ngerinya keadaan tersebut.  Night mare sungguh lah..

Rancak perbualan Sharifah Umairah dengan lelaki itu yang Laila Suria masih tak hafal namanya, tidak berbekas di hati Laila Suria.  Dia kuis-kuis kaki Sharifah Umairah dengan sandalnya.

"Kawan yang ni diam je, bisu ke?", hampir tersembur air milo yang dihirup Laila Suria mendengar pertanyaan lelaki berbaju hijau tu.  Tersedak-sedak dia.

Sharifah Umairah menepuk-nepuk belakang Laila Suria dengan perlahan.

"Sorry lah..saya tanya sebab you diam je dari tadi", Lukman Sham menunjukkan rasa bersalah.

"Sepatutnya I yang mintak maaf.  Nama kawan I ni Ya", Sharifah Umairah menyedari kekhilafannya tersenyum manis memandang Lukman Sham.

"Handsome dan smart.  Mesti somebody ni", Sharifah Umairah berbisik nakal sendiri. Ibarat bulan jatuh ke riba bila Lukman Sham menghulurkan salam perkenalan tadi.  Hatinya dah berbunga-bunga cinta.

Laila Suria memandang Sharifah Umairah.  Gila.

"Umai, aku balik office dulu.  Dah lambat ni.  Risau pulak kalau Tuan Haji cari", perlahan suara Laila Suria kedengaran di cuping telinga Sharifah Umairah yang masih buat selamba.  Jengkel Laila Suria dengan perangai Sharifah Umairah.

Dia bangun sambil menjinjit plastik yang berisi polistren makanan tengah harinya.  Menyumpah-nyumpah di dalam hati mengenangkan perangai Sharifah Umairah.

Melihatkan Lukman Sham yang bergegas bangun, Sharifah Umairah kelam kabut.

"Sham..wait..", terkocoh-kocoh Sharifah Umairah membontoti Lukman Sham yang tidak memberi isyarat untuk menamatkan pertemuan mereka.

12

Pelik Laila Suria dengan perangai Sharifah Umairah kali ni.  Sekejab-sekejab Sharifah Umairah tarik hujung baju kurung dia. 

"Kau ni kenapa?  Rimas lah..", tangan sebelah kiri masih tekun membelek majalah Mingguan Wanita yang terbentang di depan mata.  Perasan yang mamak kedai ni asyik menjeling memerhatikan tindakannya.

"Beli Dulu, Kemudian Baca"..ops..baru perasan ada warning signed tu. 

"Aku rasa ada orang follow kita lah..", berbisik-bisik suara Sharifah Umairah sehingga menimbulkan kerut di dahi Laila Suria. 

Siapa pulak lah nak skodeng awek macam kita ni, Sharifah Umairah.  Terasa macam nak dicekik-cekik aje leher si Sharifah yang seorang ni.  Ni mesti terpengaruh dengan filem James Bond ni.  Konon nak thrill lah tu.

Sharifah Umairah jadi sakit hati dengan Laila Suria.  Buleh Laila Suria buat don't know aje dengan perasaan dia ni.  Sharifah Umairah yakin benar lelaki berbaju hijau tu mengekori mereka. 

Saat kaki melangkah keluar dari kedai buku tu, mata Sharifah Umairah menangkap susuk tubuh orang yang disyaki.  Saspek telah berjaya ditemui.  Dia yakin seratus peratus kali ini.

"Hei...awak nak apa ha?  Tak ada kerja lain ke nak mengekor anak dara orang?", terhambur kata-kata dari mulut Sharifah Umairah.  Bercekak pinggang dia dengan beg plastik itu.

Kata-kata itu juga memeranjatkan Laila Suria.  Dan dihadapan mereka berdiri lelaki berbaju hijau itu.  Mencerlung mata Laila Suria memandang lelaki itu.  Siapa dia ni?

Lukman Sham buat selamba padahal dalam hati ni dah malu gila.  Rasanya kulit mukanya dah setebal kulit biawak komodo tu.  Malu ni !  Hampeh betul perempuan ni.  Main sound jek.  Orang yang lalu lalang memerhatikan drama mereka bertiga turut kehairanan.  Mesti diorang fikir kes gaduh laki bini.  Ataupun kes bini muda ternampak suami sedang beramah mesra dengan bini tua.  Bila Lukman Sham dah mula merepek.  Sempat lagi dia berfantasi.

"Wei..pekak ke?  Kau ikut kitorang kan?", lantang suara Sharifah Umairah. 

Dia memang geram.  Geram dengan lelaki berbaju hijau yang boleh menunjukkan muka tak bersalah.  Mujur muka kacak, sempat lagi dia memuji dalam hati.

Lepas tu, geram dengan Laila Suria yang tak percaya cakap dia.  Tu yang habis dia selamba badak menjerit kat depan kedai buku ni.  Dah macam drama spektra dulu-dulu kala pulak.

"Dah lah Umai, jom lah...", Lukman Sham dengar suara perempuan yang ayu tu memujuk perempuan seorang lagi yang garang macam singa nak mengawan.  Tapi lagak perempuan yang garang tu tetap mantain begitu.  Tegak berdiri macam dah siap sedia nak menyanyikan lagu Negaraku.

Lukman Sham fikir dia harus ambil tindakan drastik. 

"Plan harus ditukar pada saat-saat akhir..", desis hatinya.

Laila Suria dan Sharifah Umairah buat langkah berjaga-jaga bila nampak lelaki berbaju mula menapak sedikit ke arah mereka.

"Cik, saya ni cuma nak kenal dengan cik adik yang manis ni je", Lukman Sham menghulur tangannya ke arah Sharifah Umairah.  Terkejut dia..!

"Ha!!", Laila Suria turut terkesima. 

"Nak kenal je?", luntur ego Sharifah Umairah.  Dah hilang diterbangkan dek angin semangat kepahlawanan yang dia tunjukkan sebentar tadi.   Dia sambut tangan lelaki itu.

"Lukman.  Lukman Sham..", kuat genggaman Lukman Sham.  Dia memang suka mengambil kesempatan. 

"Umai...", perlahan Sharifah Umairah menyebut nama pendeknya.  Laila Suria geli hati dengan sikap Sharifah Umairah.  Tiba-tiba gorilla bertukar menjadi cacing tanah.

"Umai..??", peliknya nama dia?

"Sharifah Umairah..", tersenyum malu Sharifah Umairah. 

10

Lengan baju kurung warna merah jambu disinsing sehingga ke lengan.  Tangan membawa dua mug berisi air.  Datang Sharifah Umairah membawa dua biji pinggan dan sudu.  Seperti biasa, portluck mereka adalah di workstation Laila Suria.

Dulu naik lemas Laila Suria bila Sharifah Umairah asyik menebeng di mejanya.  Bila ditanya, Sharifah Umairah kata, Laila Suria cantik.  Jadi dia suka mengadap muka Laila Suria.  Pelik betul Laila Suria dengan jawapan Sharifah Umairah tu.

Bagi dia, Sharifah Umairah pun cantik.  Lebih cantik dari dirinya yang biasa-biasa ni.  Muka Sharifah Umairah macam minah arab.  Kening, hidung, mata, mulut semuanya cantik terletak.  Bila ditanya dia ada campur-campur gen ke dengan darah arab, Sharifah Umairah menolak.  Nama Sharifah tu pun, saja-saja ayah dia letak.  Baru lah Laila Suria faham. 

Perlahan Laila Suria membuka polistren berisi nasi berlaukkan ikan patin masak gulai tempoyak dengan sedikit ulam-ulaman dan sambal belacan ke dalam mangkuk. 

Sharifah Umairah juga buat benda yang sama.  Kemudian mereka berdua menyua makanan ke dalam mulut masing-masing.  Aduh, enaknya. 

Hari ni Tuan Hj Fadil tak ada.  Ke Mersing atas urusan bisnes.  Jadi, pergerakan mereka tak lah terbatas.  Nak ketawa pun, tak payah control-control.  Kalau ada Tuan Hj Fadil, semuanya kena cover.  Lebih-lebih lagi Sharifah Umairah, dia kan ada hati nak jadi menantu Tuan Haji Fadil. 

"Kau tak nak kawin ke Ya?", hampir tersembur nasi di dalam mulutnya.  Dia tepuk-tepuk dadanya. 

Tergelak kecil Sharifah Umairah.  Badigol betul budak ni..menyumpah Laila Suria dalam hati. 

"Kalau aku mati tercekik tadi, macam mana?", kemudian dia minum sedikit air. 

"La, aku tanya je.  Tu pun nak tersedak..bila kau nak kawin?", Sharifah Umairah tanya lagi soalan yang sama.

Pelik ni.  Betul-betul pelik.

"Kau yang dah gatal, nak tanya aku ape hal?",  Laila Suria kembali menyambung suapan.

"Aku memang lah dah gatal, tapi kau tu patutnya kawin dulu.  Kau kan lagi tua dari aku",

"Amboi mulut kau.  Tak ada insurans kan? Kau nak kena cili ke?",

Tertahan-tahan ketawa Sharifah Umairah melihat kelaku Laila Suria.

"Bukan main gatal lagi nak kawin..ingat cantik sangat ke?", tiba-tiba singa betina itu mencelah.  Terus menghilangkan mood makan mereka berdua.

"Kerja pun malas.  Asyik nak makan je, ingat ada ke orang nak buat bini perempuan macam tu?", singa betina dah mula melahar.  Laila Suria sakit hati.  Sharifah Umairah dah berpaling memandang ke arah tuan punya mulut yang berpuaka tu.

"Kak, kami punya suka lah nak kawin ke tak?  Dari akak sibuk busy body hal orang lain, baik akak jaga kain skirt paras peha anak dara akak tu.  Bogel pun belum tentu cantik..harap mekap bertan-tan.  Saya tengok anak dara akak yang kononnya baru balik dari Amerika tu dah macam babun dalam hutan je".

Terus terkebil-kebil Kak Zainab mendengar kata-kata sinis Sharifah Umairah.  Pantang nenek moyang dia menyata Zulaikha, anak tungga kesayangan dia tu.

"Korang jangan nak mengata anak dara aku.  Yang penting, anak dara aku tu dah sampai Amerika.  Belajar tinggi.  Korang apa ada?",

"Kitorang ada budi bahasa", Laila Suria menjawab. 

"Cantik jelita pulak tu.  Jangan jealous ye..", dan Sharifah Umairah bangun membuntuti Laila Suria yang dah berada di pantri. 

Meletus ketawa mereka berdua. 
"

9

Lukman Sham dan Alfian menyandar kekenyangan di dalam kereta selepas menikmati lunch di Shangri-La Coffee House. 

Kereta yang dipandu Alfian berhenti betul-betul di Jalan Silang.  Lukman Sham leka membelek i-Padnya.  Alfian memandang orang yang lalu lalang di hadapan.

"Cun giler siot..", matanya jelas menangkap susuk tubuh dua orang perempuan yang sedang melintas jalan bersama-sama dengan yang lain.  Menyeringai muka gatal Alfian.  Pada Alfian, perempuan tadi memang stok untuk dirembeskan. 

Lukman Sham yang mendengar turut memanjang lehernya.

"Mana?", Lukman Sham bertanya.

"Tu, perempuan dua orang tu.  Tapi yang pakai baju kurung pink tu tau..yang free hair tu kau ambik, kalau kau nak..", muncung mulut Alfian.

Pantas mata Lukman Sham menangkap orang yang dimaksudkan Alfian.  Sebaris senyuman terpancar.

"Bro, tu aku punya okey.  Dah hampir sepurnama aku cari perempuan tu", Lukman Sham tunjuk buku lima dia kepada Alfian.

"Woi..., motif aku nampak dulu tapi kau cakap itu kau puny?",  mata Alfian masih memandang perempuan itu sampai hilang di balik kesesakan lautan manusia yang lalu lalang.

"Aku nampak dia kat sini lah..dulu punya cerita.  Lepas tu, aku nampak dia lagi masa aku dinner dengan Murni gedik tu dekat Cinnamon.  Dah..jangan banyak bunyi, jalan.  Hijau dah tu", Lukman Sham mengisyaratkan agar kereta di pandu kerana lampu isyarat telah bertukar warna.  Mujur tak kena hon dek kereta belakang.

"Dan sila hentikan angan-angan kau tu", Alfian menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa gatal.  Bagi Alfian, warning dari Lukman Sham tidak berbekas sedikit pun. 

Namun Lukman Sham dah ada plan baik.  Terkekek-kekek dia ketawa dalam hati.

8

Terpegun Lukman Shahril melihat raut wajah kawan si montel itu. 

Subhanallah cantiknya dia, hanya itu saja yang mampu dilafazkan oleh Lukman Shahril. 
Entah kenapa dirinya 'terjerat' untuk menghulurkan bantuan.  Lepas ternampak kejadian ragut tadi, dia terus beritahu Mak Teh tentang kepergiannya.  Itupun lepas dia ternampak teksi kuning yang membawa kedua-dua perempuan itu pergi dari tempat kejadia.
Semuanya berlaku secara kebetulan.  Penat melilau di kawasan rumah kedai taman perumahan kos sederhana ini, dia ternampak dari balik cermin klinik, perempuan  montel itu mundar mandir di dalam klinik.   Terus dia bergegas masuk ke dalam klinik dan membuat amal jariah.  Niat di hati hanya ingin membantu sesama insan.

Dan sesungguhnya, Lukman Shahril benar-benar terkesima melihat wajah perempuan yang seorang ini. 

Sudah berpunya kah dia?  Mustahil tak ada siapa yang sudi untuk hinggap pada bunga secantik ini.

"Encik, kalau setakat nak berdiri kat situ, pandang kawan saya ni macam tak pernah tengok perempuan, baik Encik blah !!", tersentak Lukman Shahril bila perempuan montel ni mengetuk-ngetuk bumbung keretanya.

"Ha..apa?", tiba-tiba dia tersedar dari lamunan panjang.  Memandang perempuan montel yang dah berpeluh-peluh dahinya.

Kemudian matanya memandang semula ke arah perempuan kurus tinggi lampai yang dah bergerak perlahan di tepi keretanya.

"Apa lah..dah lah halang laluan orang, lepas tu berlagak macam patung cendana.  Mujurlah muka tu handsome, kalau tak, dah kena debik dengan aku..", perempuan montel itu masih lagi membebel sambil perlahan memimpin perempuan tinggi lampai itu.

Lukman Shahril garu kepala.  Pegang rambutnya.  Kusut. 

"Arggghhh...", dia sepak tayar keretanya. Aduh...!! dia mengadu sakit.  Mati akal dia kali ni.

Matanya memandang ke arah dua sahabat itu.  Lantas tersenyum sendiri. 

"Cik, tunggu !!",  serentak Jojo dan Laila Suria berpusing memandang Lukman Shahril yang sedang berlari mendapatkan mereka. 

"Saya hantar balik..", Lukman Shahril tunjuk sifat gentleman. 

"Boleh, tapi jangan mintak upah, kami tak ada duit.  Baru lepas kena ragut.  Repot polis pun belum buat lagi", saja Jojo berterus terang pada lelaki ini.  Dia yang offer diri.  Dermawan sungguh.

"Boleh..boleh.  Saya hantar ke police station..", mata Lukman Shahril  meratah wajah perempuan tinggi lampai yang dah bertampal di sana sini.  Macam ni pun masih cantik, gelodak hatinya berbicara. 
"Kawan ni bisu ke?", selamba Lukman Shahril tanya ke arah Jojo. 

"Hah??", pantas Jojo dan Suria memandang ke arah Lukmas Shahril.

"Ya lah, dia diam je..", Lukman Shahril meluahkan rasa hati.  Tapi ada rasa takut juga di dalam hatinya kalau tiba-tiba didebik oleh perempuan montel yang dah macam bodyguard kepada kawannya yang cun ni.

"Dia bukan bisu, tapi menternak emas dalam mulut", ayat dari perempuan montel itu membuatkan Lukman Shahril memuntah tawa. 

Suria hanya tersenyum.  Jojo memang sewel.

Terpesona Lukman Shahril melihat wajah yang tersenyum itu.  Jelas kelihatan lesung pipi di sebelah kiri.  Menawan hati lelakinya.

7

Jojo mundar mandir di Poliklinik Ishak yang pada masa ini tiada pesakit datang untuk mendapatkan rawatan lagi.  Maklumlah klinik baru dibuka tadi masa mereka menerpa masuk mencari doktor.  Jojo meninjau-meninjau keadaan Suria yang masih mendapatkan rawatan.   

Kebetulan ada pakcik teksi yang sanggup bawa Suria ke klinik lepas kena ragut tadi.  Free pulak tu. Syukur Jojo kepada Allah swt.  Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik pakcik teksi tadi.

Dia kepal-kepal tangannnya yang tembam.  Ketiaknya sedikit basah akibat berlari mendapatkan mat rempit a.k.a peragut tadi.  Bodoh!  Teriaknya masa mat rempit durjana itu menjelirkan lidah ke arahnya.    Dan di saat kelam kabut tadi, Jojo sudah terlupa tentang barang dapur yang baru dibeli.

Tapi kalau lah Jojo dapat mat rempit tu, memang Jojo akan tunjal-tunjal kepala dia.  Dasar tak pergi sekolah.  Nak jadi penyamun sampai mampus agaknya, Jojo merungut. Mendengus kecil.

"Ishh, time macam ni lah perut buat perangai", Jojo pegang perutnya bergegas sambil mendapatkan toilet yang terletak di bahagian belakang klinik berdasarkan kepada signboard kecil di dinding klinik.

Staff di kaunter klinik memandangnya sambil ketawa gelihati.  Argghhh, Jojo tak peduli. 

Hampir sepuluh minit, dia keluar semula ke ruang menunggu.  Didapati Suria masih di dalam bilik rawatan.

Kepalanya dipalingkan bila terdengar bunyi engsel berkeriut.  Pintu bilik doktor dibuka.  Tersembul wajah lesu Suria yang dah bertampal di dahi.  Lututnya juga.  Di sebelah Suria kelihatan seorang figura berbaju kemeja kotak-kotak berspek mata dengan rambut disisir kemas.  Handsome, mesti doktor,  Jojo berkira-kira.   Dia hadiahkan senyum manis.

Cepat-cepat Jojo memapah Suria.  Terdengket-dengket minah tu berjalan.  Dengan perlahan mereka mendapatkan kerusi di hadapan kaunter bayaran.

"Wei, aku mana ada duit sekarang.  Duit semua dalam purse tadi", rintihan Suria didengari Jojo.

"Mesti mahal ni sebab siap cuci luka", Suria merintih lagi.

Ishh, rimas betul Jojo dengan perangai Suria yang satu ini.

Jojo tahu masalah Suria.  Masalah kewangan yang membebankan.  Tapi apa gunanya dia sebagai kawan kalau tak menolong. 

"Tu lah, kau suka sangat jalan berlenggang.  Dah banyak kali aku pesan, purse tu simpan dalam kocek seluar.  Kau tak nak dengar cakap aku.  Sekarang  ni nak buat macam mana?", saja Jojo menggertak Suria.  Juga mengingatkan Suria tentang perangai buruknya. 

Suria hanya diam.  Tahu khilaf diri sendiri.  Cuma sesekali  dia mengaduh sakit.

Tapi betullah, dia nak bayar duit ubat tu pakai apa?  Pakai daun?  Mana ada duit sekarang ni.  Semua dah dirampok tadi. 

Budak perempuan di dalam kaunter ubat itu kelihatan sedang menulis sesuatu.

"Kita share..",

Tercengang-cengang Suria bila dengar Jojo cakap macam tu.  Tapi belum sempat dia nak tanya lebih, Jojo dah bangun mendapatkan budak perempuan di kaunter ubat tadi.

"Nak share?  Share pakai bulu kaki boleh lah", Suria mengomel sendiri. 

Dipandangnya Jojo yang masih berada di kaunter ubat.


Staff klinik menerangkan preskripsi ubat-ubat kepada Jojo dengan tekun.  Jojo hanya diam mendengar.


"Berapa  ya?", mulut bertanya tetapi dalam hati berdoa agar harga ubat itu tak semahal harga beg Carlo Rinonya yang baru dia rembat.  Itupun lepas dapat diskaun 70% masa Mega Sale bulan lepas.
 "Ohh tak per Cik.  Semua dah selesai", staff itu memberitahu sambil tangannya ligat memasukkan ubat-ubat ke dalam plastik.

Jojo kehairanan.  Tak faham ni.

 "Maksud Cik?", Jojo garu kepalanya.  Staff itu masih tersenyum.  Dia pandang Suria yang terpinga-pinga.

"Tadi ada lelaki masuk klinik.  Dia tanya patient.  Lepas tu dia tanya pulak harga ubat dan charge rawatan.  Dia bayar.   Lepas tu dia terus keluar", penjelasan staff yang namanya Liza berdasarkan name tag di dada kirinya itu tidak memuaskan hati Jojo. 

Tapi Jojo dah malas nak ambil pusing sebab dia rasa pening kepala sekarang ni.

"Tak pe lah Cik, terima kasih", plastik ubat beralih tangan.  Jojo kembali mendapatkan Suria yang dah tegak berdiri. 



"Berapa?", Suria bertanya saat kaki mereka menjejaki koridor luar pintu klinik.

Pertanyaan Suria dibiarkan oleh Jojo.  Bukan Jojo marah, cuma Jojo masih memikirkan siapakah lelaki budiman yang sanggup membayar kos rawatan tadi.

Suria geram dengan sikap tak endah Jojo.  Suria tahu dan yakin sangat yang harganya mahal.  Tadi Suria dah cakap yang dia tak apa-apa tapi Jojo  berkeras nak bawa dia ke klinik.  Dan sekarang ni Jojo pulak tarik muka empat belas dengan dia.

"Sorry lah sebab menyusahkan kau", perlahan suara Suria.

"Kena puasa lah aku lepas ni..", Suria merungut lagi.


"Baik kau bawak tempurung, Ya..mintak derma dekat masjid", mendengar itu, Laila Suria mencubit lengan Jojo yang berlemak.  Kenyal betul daging budak ni.  Menjerit dia.


"Kau nak suruh aku mintak sedekah ke?",


"Dah kau asyik bising je.  Cuba percaya rezeki Tuhan..", bila Jojo dah mula nak bertazkirah.


"Ya lah, makcik..", Jojo buka pintu klinik perlahan, membiarkan Laila Suria meloloskan diri.  Mengaduh dia kesakitan. 


Saat menuruni anak tangga di depan klinik, tiba-tiba sebuah Mazda RX-8 kaler hitam berhenti betul-betul dihadapan mereka.  Menghalang laluan.  Membuatkan Jojo tiba-tiba naik angin.


"Buta ke apa? Aku yang dah cukup besar ni pun dia boleh tak nampak..",


"Jo, dah lah, celah sini kan muat lagi kalau kau nak lalu..", memang ada sedikit ruang, betul-betul muat untuk Jojo yang montel itu.


Selang beberapa minit, pemandu dari dalam kereta itu menunjukkan dirinya. 

Sunday, September 5, 2010

6

Lukman Shahril baring di atas katil.  Memandang syiling dengan plaster yang terukir cantik.   Sempat dia berpesan pada Mak Teh yang dia tak mahu diganggu buat masa ni.   Seperti biasa Mak Teh faham permintaannya.

Hari ni Lukman Shahril memang tak ada mood.  Dia tak tahu kenapa tapi memang itu yang dia rasa saat sekarang.  Rasa penat. Rasa sunyi.  Rasa nak berblues pun ada. 

Tangannya di alihkan.  Menahan kepalanya di atas katil empuk itu.  Kedinginan bilik dirasai. 

Mulutnya terherot ke kiri dan kanan. 

"Hari Ahad yang boring", dia duduk di birai katil sambil meruap mukanya. 

Tuan Ismail, ayahnya pasti dah ke kebun keluarga mereka di Kuala Selangor.  Ibu, Puan Ainon pasti mengikut  sekali sebab itu memang aktiviti hari minggu mereka suami isteri.

Luki?  Pasti masih tertinggong di atas katil di biliknya sebab aktiviti malam minggu adiknya itu memang membawa sampai ke Subuh.  Berbuih mulut Puan Ainon membebel dan bercakap tentang perangai Luki tetapi Luki tetap Luki.

"Angah promise Angah takkan buntingkan anak dara orang, Ibu", jawapan Luki suatu ketika dulu ketika dia baru pulang dari Aussie.  Muka budak tu memang selamba gila. 

Dan sejak itu, Puan Ainon dah malas nak memantau perangai anak jantannya yang seorang itu.  Selagi perbuatannya belum menconteng arang di muka mereka dan menjejaskan reputasi perniagaan, itu dah cukup baik.

Dan dia masih begini.  Kehidupannya cuma di rumah dan pejabat.  Paling tidak pun dia ada bertemu janji dengan klien membincangkan perjalankan perniagaan.

Setelah jodohnya tiada dengan Sutina, anak Tan Sri Amdan yang cantik paras rupanya itu, dia jadi serik.  Fobia dan trauma. 

Penat bermadu kasih bermadah pujangga dari zaman Universiti, tiba hari untuk berjabat tangan dengan tok kadi, mereka mendapat khabar Sutina telah ditangkap khalwat bersama pemandu sendiri. 

Frust?  Memang Lukman Shahril frust.  Tertonggeng-tonggeng frustnya.  Tapi hidup perlu diteruskan.  Takkan mungkin dia menidakkan takdir tuhan.  Biar berkali-kali Sutina mengatakan dia diperangkap oleh Surina, adik kembarnya yang sebenarnya ada hati terhadap Lukman Shahril, dia tak peduli.  Biar Sutina mengalirkan air mata darahnya sekalipun, Lukman Shahril dah bulatkan kata hati.

No women no loves no cries, motto baru hidupnya selepas kejadian malang itu.  Sebab motto tu jugak, si Luki yang mangkuk hayun tu menganggap dia telah bertukar selera.  Adik dia tu memang gila.

Dengan seluar pendek separas lutut Lukman Shahril bangun dari katil menuju ke balkoni bilik.  Dia depakan tangan seluas-luasnya.  Matanya disajikan dengan flat yang kusam itu. 

Rasanya dah hampir lima tahun pemaju flat tak mengecat bangunan tersebut, Lukman Sham berkira-kira sendiri. 

Dia rapatkan dadanya ke balkoni.  Memandang kenderaan yang lalu lalang.  Ada beberapa gerai yang menjual masakan panas dan minuman. Kelihatan ada yang sedang berjalan sambil bersenang-senang.

Pandangannya jatuh ke arah perempuan montel yang dia selalu nampak turun dari bas di simpang jalan yang memisahkan rumahnya dengan flat tersebut.

Tapi pagi ini, perempuan montel itu berdua dengan seorang perempuan kurus tinggi lampai sambil menjinjit beberapa beg plastik.  Berbelanja barangkali.
 Dia jadi asyik memandang mereka berdua yang bertepuk tampar sesama sendiri.  Lepas tu perempuan montel tu tepuk bahu perempuan kurus tinggi lampai.  Seketika perempuan kurus itu menyapu bahunya.  Mungkin sakit, Lukman Sham senyum sendiri.

Dan tiba-tiba, sebuah motorsikal datang ke arah mereka.  Sepantas kilat perempuan kurus itu terduduk di situ.  Perempuan montel itu kelihatan berlari ke arah motorsikal yang berlalu laju.  Kemudian perempuan montel itu berpatah balik semula ke arah perempuan kurus yang masih terduduk di jalan raya itu.  Beberapa orang telah menghampiri mereka.

Lukman Shahril terpandang bag plastik yang bertaburan.  Tidak dihiraukan oleh perempuan montel itu.

Datang sebuah teksi kuning berhenti betul-betul di tempat kejadian.  Ternampak perempuan montel memapah perempuan kurus masuk ke dalam teksi sambil dibantu oleh beberapa orang yang berada di situ.

Dan teksi terus meluncur laju. 

Lukman Shahril masih memerhatikan tempat kejadian.

"Moga dia selamat hendaknya",

5

Lukman Sham tetap kelihatan cool dan gagah ketika menyuap dessert ke mulut  Murni Mariam, model  yang kini sedang meningkat naik namanya di kota metropolitan ini.  

Murni Mariam memang menggoda.  Bahasa tubuhnya menaikkan nafsu Lukman Sham.   Malam ini Murni Mariam mengenakan dress kaler pucuk pisang separas paha yang hampir meluahkan dada mengkalnya ketika mereka berjanji temu untuk kali ketiga.  

Biarpun Lukman Sham tahu niat di hati Murni Mariam, imannya masih di dada.  Tak mungkin dia akan melakukan sesuatu yang bukan kehendaknya bersama-sama Murni Mariam yang baginya hanya tempat untuk dia meluahkan rasa sunyi dan bosan.  Bak kata Alfian, tempat untuk suka-suka.

Sedang asyik berbicara mesra, tiba-tiba matanya tertangkap  sesusuk tubuh di meja yang bersetentang dengannya.  Seakan pernah dilihat wajah itu.   Lama dia berfikir.  Hampir senak akal fikirannya.


Binggo !! Berseri-seri wajah Lukman Sham.  Terpancar cahaya keimanan dimukanya.  Murni kerut dahi bila melihat senyum lebar Lukman Sham.

"Hei, you kenapa?", Murni Mariam memegang tangan Lukman Sham.  Tersentak dia.

"Hah?  Oh...you tanya apa?", Murni Mariam menarik muka.  Dia tahu fikiran Lukman Sham bukan di sini dan dia sakit hati dengan tiba-tiba.

Walau pun dia tahu reputasi Lukman Sham, Murni Mariam tidak kisah asalkan dia berjaya mencuri hati jejak tersebut.

Lukman Sham?  Siapa yang tak kenal dengan nama buaya darat seorang ni.  Sama hebatnya dia dengan Alfian namun bagi Murni Mariam, Lukman Sham lebih menggetarkan. 

Takkan setelah bersusah payah selama ini, dia nak lepaskan Lukman Sham.  Tidak !!

Argghhh, Lukman Sham tak peduli kalau Murni Mariam sakit hati sekarang ni. Yang Lukman Sham kisahkan ialah perempuan berwajah ayu dihadapannya kini.  Biar  dipisahkan dengan tiga buah meja, Lukman Sham yakin wajah ayu itu adalah perempuan sama yang melintas jalan tempoh hari.  Perempuan yang terpinga-pinga mencari sesuatu.  Perempuan yang berwajah manis.  Seraut wajah yang tak mungkin dilupakan oleh Lukman Sham. 


Mata Lukman Sham meliar memandang kumpulan kecil itu.  Pada perkiraannya mungkin mereka sefamili. Seorang lelaki dan wanita dalam pertengahan umur, ayah dan ibunya barangkali.  Kemudian seorang lagi perempuan muda berambut lurus yang tak kurang cantiknya.  Mungkin adik dia, hati Lukman Sham berteka teki.

Segera dia teringatkan Afian, buddynya dari zaman di asrama sehingga mereka sama-sama memanjat tangga Universiti di Aussie.  Kalau lah Alfian nampak perempuan ayu ini, pasti dia akan terlepas peluang.

Semua rakan mengibaratkan dia dan Alfian ibarat isi dengan kuku.  Memang mereka mempunyai selera yang sama, tak kira mengenai penampilan, gaya ataupun perempuan.

Namun diakui, Alfian lebih advance sebab setiap perempuan yang didampingnya akan dibawa ke katil, tidak bagi Lukman Sham.  Dia tak seberani Alfian.
 
"Kalau kau tak cuba, mana kau nak tahu. Itulah nikmat dunia.  Perempuan kan diciptakan untuk lelaki", kata-kata perangsang Alfian kepadanya satu ketika dulu mengenai isu katil dan perempuan.  Lukman Sham geleng kepala/

"Aku tak nak kena sifilis.  Aku masih muda dan kacak", dia luah ketakutan yang selama ini menyelebungi hidup.  Namun sempat juga dia mendabik dada.

Terbahak-bahak Alfian ketawa mendengar alasan Lukman Sham.  Geli hati dia.

"Adoi!! Kau ni nama aje playboy.  Takkan nak pakai kondom pun tak tahu", Lukman Sham ketap bibir.  Geram melihat tubuh Alfian yang menggigil-gigil memuntahkan tawa. 

"Kau ni kan macam bingai !", selamba dia tunjal kepala Alfian. Tergaru-garu kawan tu. 

4

Suria menapak menaiki anak tangga flat itu satu persatu selepas dia ternampak notis yang ditampal menyatakan lif flat tempat dia berteduh ini rosak.  Rumahnya di tingkat lapan dan kini hanya tinggal setingkat saja lagi untuk dia sampai ke pintu rumahnya.  Langkah kakinya perlahan kerana perutnya dah penuh dan kekenyangan.  Dia melawan mata yang mengantuk.

Nasib dia baik sebab Tuan Haji Fadil dan Hajah Aishah yang menghantar dia balik ke rumah.  Memang begitulah kebiasaannya bila dia pulang lewat sama ada berkaitan hal kerja atau lain-lain semacam ini sebab dia tiada kenderaan sendiri.


Umai lain.  Dia mampu jugak pakai kereta Kelisa walaupun second hand sebab Umai tak ada tanggungan.  Dia anak bongsu dari tiga beradik perempuan.  Ibu bapa Umai pun orang berada.   Kakak-kakak Umai pun dah berkeluarga dan beranak pinak. Tinggal Umai sahaja yang masih bujang.   Jadi tiada apa yang hendak Umai kisahkan. 

Tapi Suria tak boleh.  Bukan tak cukup duit gajinya kalau setakat nak membayar ansurans kereta Kancil second hand, tapi dia ada banyak tanggungjawab. Kena bantu Angah di kampus.  Lepas tu, kena hulur duit belanja dengan Emak di kampung.  Bolehlah setakat untuk menampung makan minum Emak.


Mula-mula dulu Emak marah bila dapat tahu dia nak cari kerja di Kuala Lumpur.  Kata Emak keputusan STPM dia bagus, boleh sambung belajar di Universiti.  Tapi disebabkan dia keras kepala, akhirnya Emak mengalah.  Mungkin telinga Emak dah imune mendengar alasan yang dia berikan.

 "Kalau setakat nak belajar, bila-bila pun Ya boleh belajar Mak..", entah bila masa tu akan muncul, dia pun tak pasti kalau sekarang ini pun, hidupnya umpama kais pagi makan pagi, kais petang membawa ke malam.
 "Ikut suka hati kamu lah Ya. Nanti kalau kamu susah, jangan kamu nak salahkan emak", emak dah surrender tapi sempat lagi nak mengugut aku.
 Tapi Suria buat pekak.  Buat tak tahu.  Hatinya dikeraskan umpama batu.  

Dan disinilah dia akhirnya. Di Kuala Lumpur yang pesat membangun ni.  Yang penuh dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang tegak dan gagah berdiri. Yang serba serbinya mahal dan mencekik darah.  Penghuninya yang tidak menjaga tepi kain orang lain. 


Suria seluk beg sandangnya dan mengambil segugus kunci.  Kemudian dia buka mangga rumah.  Pintu dikuak perlahan.
 Gelap ! Tangannya meraba-raba mencari suis lampu di tepi dinding pintu masuk. 


"La..ada rupanya minah ni", Suria menapak perlahan menuju ke arah tubuh yang sedang lena di hadapan TV yang terpasang.


"Jojo...Jojo...bangun..", dia gegar badan yang sedikit besar itu.  Masih diam dan tidak memberi respon. 


"Jojo...!!", jeritan itu membuatkan Jojo bangun dengan tak semena-mena.   Cuba membuka mata yang terpejam rapat.


"Emmm...janganlah kacau.  Aku mengantuk ni", suara serak-serak basah itu kedengaran.  Jojo mula hendak baring semula.  Suria bercekak pinggang.
 "Tidur lah dalam bilik...", dia memberi arahan.

Jojo tendang angin dengan kakinya yang besar.  Suria beralih ke tepi sedikit sebelum menuju ke dapur.  Dia nampak dari ekor mata, Jojo dah duduk bersila.  Cute, dia ketawa sendiri.


Jojo atau nama dalam MyKadnya Juriah.  Sangat comel dan montel. Suria senang dengan Jojo.  Walaupun Jojo hanya promoter di kiosk perfume di Sogo, tapi dia baik hati.   Pandai masak adalah kelebihan Jojo.  Jojo masak telur mata kerbau pun sedap bagi tekak Suria. 
 Suria kenal Jojo melalui Ali, anak jiran Pak Mail yang duduk di seberang jalan bertentang dengan rumahnya di kampung.  Ali sekarang kerja navy di Sungai Besi. 

Mana nak sangka, Ali yang dulu nakal dan jahat masa kecil dah jadi pegawai tinggi di tempat kerjanya.  Kalau dikenang-kenang balik, Ali yang comot tu suka sangat mengganggu dia dan Angah ketika mereka pulang dari sekolah.  Pernah merreka berdua membaling Ali dengan pelepah kelapa sebab tak tahan dengan perangai Ali.  Tapi itu dulu. 


Suria ke ruang tamu semula dan Jojo dah tak kelihatan.  Dah masuk bilik barangkali.  Dia menuju ke pintu rumah.  Suis lampu ditekan.  Gelap !

3

Tuan Haji Fadil masuk ke dalam office dengan senyuman manis di wajah.  Tuan Haji Fadil memang begitu.  Selalu tenang walau dalam apa jua keadaan.  Sebab tu, dia dengan Umai seronok bekerja dengan company Tuan Haji.  Walau pun hanya syarikat printing yang kecil tapi rasa bahagia di sini membuatkan dua tahun berlalu begitu saja.


"Assalamualaikum, Tuan Haji..", dia sapa majikannya.  Wangian perfume menyinggah deria baunya.


"Waalaikumussalam, Ya..Umai..", Tuan Haji menjawab lembut.  Dia letak briefcasenya di meja Umai. Terkebil-kebil minah tu.  Dan dia menahan ketawa melihat reaksi Umai.
 Umai selalu berangan nak jadi menantu Tuan Haji Fadil.  Anak teruna Tuan Haji Fadil yang namanya Muhammad Ali kacak seperti ayahnya, bak kata Umai masa mula-mula ternampak Muhammad Ali yang kebetulan singgah di office berjumpa dengan Tuan Haji Fadil satu ketika dulu.   Sampai merah-merah pipi putih melepak Umai bila Muhammad Ali menghulurkan senyum kepadanya. 

Tapi memang untung kalau dapat bermenantukan Tuan Haji Fadil.  Muhammad Ali lulusan universiti di Mesir. Datang dari keluarga yang baik-baik.   Hajah Aishah, isteri Tuan Haji Fadil pun mesra dengan mereka.  Kalau ada masa, Hajah Aishah akan singgah di office membawa buah tangan  untuk mereka.  Kata Hajah Aishah, dia dah anggap staff Tuan Haji Fadil macam anak-anak mereka. 


"Kak Zainab mana?  Saya tak nampak pun..", mata Tuan Haji Fadil memandang ke arah kerusi Kak Zainab yang kosong.

 "Dia cuti Tuan Haji.  Emergency leave katanya, dia telefon pagi tadi", terang Umai.  Tuan Haji mengangguk kemudian mengambil semula briefcasenya.  Melangkah terus menuju ke pejabat.


Memang Kak Zainab a.k.a singa betina tu telefon Umai pagi tadi,beritahu yang dia tak masuk office sebab ada hal kecemasan.  Hal apa, tidak pulak diberitahu. 

Mereka  tak kisah kalau Kak Zainab nak buat apa sekalipun tapi sekarang ni kerap sangat dia ambil emergency leave.  Macam-macam alasan yang diberikan.  Demam lah, ada urusan anak dia yang baru balik dari Amerika tu lah, mak mertua sakit lah dan macam-macam lagi. 

Cuba kalau mereka berdua yang nak mintak cuti, harus bertanya dan kepochi siang malam sebab-sebab kenapa nak mintak cuti.  Kalau mereka berdua terlambat sedikit masa office, dia akan telefon berkali-kali tanya dimana mereka.  Sebab tu lah mereka menyampah dengan Kak Zainab. 

Tapi Tuan Haji Fadil tak suka Umai dan Suria buruk sangka pada Kak Zainab.  Katanya perasaan syak wasangka tu tak elok dalam Islam.  Umai dan  Suria hanya mengangguk tanda faham bila mendengar tazkirah dari Tuan Haji Fadil masa tu walau pun dalam hati dah dah berbakul-bakul kutukan dilemparkan kepada Kak Zainab. 

"Oh ya, malam ni saya nak belanja kamu makan malam", terus dia dan Umai berpaling ke arah pejabat Tuan Haji Fadil yang memang terbuka pintu biliknya itu.

Makan free lah dia malam ni, yahoooo !!

2

"Luki, apsal lambat?", itu soalan yang pertama keluar dari mulut Abang Long bila dia masuk office tadi.  Geram betul.  Bukan salah dia nak masuk lambat, salah Mak Teh yang lambat kejutkan dia pagi tadi.

Namun dia dengan selamba menghenyakkan tubuhnya di sofa kuning cair di hadapan Abang Long.

"Mak Teh lah...", selamba dia merungut pasal Mak Teh, orang gaji di rumah besar mereka sambil dia garu kepala tanda itu bukan salah Mak Teh sebenarnya tapi salah dia sendiri.


"Motif kau nak salahkan Mak Teh?  Ingat Mak Teh tak penat ke?  Tak ada kerja lain selain dari nak mengejutkan kau bangun dari tidur setiap hari?  Kau pun satu hal, tidur mati", dia pandang Abang Long yang dah menjengilkan mata memandang dia.  Tapi dia buat tak peduli.  Abang Long tu nampak aje garang tapi dalam hati ada taman yang berekar-ekar.  Jiwang !

Dia admit itu memang silap dia.  Dia admit dia memang tidur mati.  Kalaulah berlaku gempa bumi, pasti dialah mangsa pertama yang mati dulu.  Ketawanya meledak tiba-tiba bila terbayangkan perkara itu.  Saat Abang Long kembali memandangnya, baru dia tersedar dan ketawa mati serta merta.


"Kau jangan nak membayangkan yang bukan-bukan.  Lagi satu tak payah nak letakkan salah sendiri di bahu orang lain.  Bahu Mak Teh pulak tu", nada suara Abang Long dah turun mendadak. 

Abang Long memang sayang pada Mak Teh.  Dia pun sayang  pada Mak Teh.  Dari mereka kecil sampai sekarang, Mak Teh tu lah yang setia menjaga siang dan malam keperluan mereka.  Mak Teh tu dah diibaratkan seperti ahli keluarga sendiri.

"Ingat, jangan nak buat Mak Teh macam tu.  Dia dah tua", la, Abang Long ni tak habis lagi ke?


Dia pandang Abang Long yang duduk di kerusi nombor dua company keluarga mereka.  Abang Long atau nama yang diberi oleh emak, Lokman Shahril memang segak.  Putih bersih orangnya.  Rambut ikal kasar tersisir rapi.  Tapi rasanya dia lagi kacak bergaya, hati berlagak. 


Cakap pasal Mak Teh, bukan niat dia nak mendera Mak Teh tapi Mak Teh yang ikhlas nak mengejutkan dia setiap pagi.  Sebab emak, Puan Ainon dah fed-up nak buat benda yang sama tu setiap hari.  Lagipun apa salahnya sekali sekala Mak Teh eksesais naik turun tangga tu.  Dapat jugak mengurangkan kolesterol yang ada dalam badan Mak Teh.  Tak baik untuk kesihatan kalau Mak Teh tak kontrol kebesaran badannya tu.


"Luki...", tersentak dia mendengar suara Abang Long menjerit memanggil nama manjanya dengan tiba-tiba.  Terus menerbangkan segala macam rasa di hati.


"Abang Long ni...cuba jangan panggil nama tu. Geli tau tak?", dia gelengkan kepala.  Memang dia geli bila nama tu mencecah cuping telinganya.  Nak muntah hijau !

Namun Abang Long tetap tergelak walaupun hakikatnya pada dia, nama tu tak lawak langsung.


LUKI?  Geli bukan?  Apsal tak LUKU je terus?


"Peduli apa dengan nama kau tu.  Abang Long akan terus panggil kau LUKI macam dulu-dulu jugak.  Kau ingat kau baru balik dari oversea, kau boleh berlagak dengan Abang Long", selamba Abang Long mengapi-apikan aku.  Dia mencebikkan bibirnya.


Lukman Sham mula angkat punggung untuk keluar dari situ apabila melihat Abang Long kembali mencapai fail-fail yang ada di atas meja. 

Sampai di meja Lucy, sekretary Abang Long yang cantik manis tu, dia sempat bermain mata.  Tersipu-sipu minah tu.  Nama pun lelaki, mana boleh nampak perempuan cantik. 

Lucy yang seorang ni cantik, putih gebu dan seksi.  Siapa yang  tak tergoda melihat liuk tubuhnya yang seperti ulat beluncas nak makan daun tu. 

Rasanya cuma Abang Long aje yang berjiwa kental dan kuat iman.  Tahan dugaan syaitan betul abangnya yang seorang tu.


"Luki...kau jangan nak menggatal !!", terdengar suara Abang Long dari arah bilik dan disambut ketawa Lucy yang kedengaran manja di telinganya.


"Abang Long ni pasang CCTV ke?", dia tanya Lucy sambil matanya meliar memandang tembok simen berwarna kuning air itu.  Perempuan  seksi tu cuma tersenyum dan angkat bahu.

Thursday, September 2, 2010

1

Dia tekan-tekan button lampu isyarat yang tegak berdiri.  Ada beberapa orang yang turut sama menunggu untuk melintas jalan itu memandang sinis kepadanya.  Dia tak peduli kalau orang-orang yang memandang kata dia kurang sabar.  Memang dia dah kurang sabar sebab sekarang dia dah lambat masuk office.  Dia tekan lagi button itu.  Kalau ikutkan hati, mahu saja dia bawak lari lampu isyarat yang masih merah tu. 


"Aduh..lambatnya..", dia kerling jam GUESS hasil tawar menawar di Petaling Street beberapa bulan yang lalu.  Dah pukul 9.30 pagi.  Kakinya dah bergoyang tak tentu arah. 


Fuh !! hijau juga akhirnya.  Cepat-cepat dia melintas jalan besar itu.  Langkahnya dibesarkan walau pun hakikatnya tak berapa nak besar mana pun.  Dia kena cepat sampai kat office sebelum singa betina tu mengamuk dan menjadi raksasa lalat  meleteri dia yang memang dah lambat sekarang ni.


Dan...terasa kakinya memijak jalan itu.  Dia pandang ke bawah.  Melihat kaki kirinya. 


"Sandal?  Mana sandal aku ni.??", sandal dia dah tercicir.  Mungkin putus.  Sandal brand Jukebox yang harganya RM10 memang dia usung ke hulu dan ke hilir.  Kaki kirinya diangkat ke atas.  Kini dia hanya berdiri dengan satu kaki sahaja.


Meliar matanya mencari sandal sebelah kiri yang keciciran. Orang ramai yang lalu lalang tersenyum sinis melihat reaksi dia.


"Apa pandang-pandang?", dia tunjuk berani padahal dalam hati ni dah malu yang amat sangat.


Matanya meliar mencari sandal itu.  Hah! kat tengah-tengah jalan tu!!


"Aduh...dah merah pulak lampu ni !! Bencinya !!!  Harus bengkak telinga nak dengar takzirah singa betina tu arini..apa lah malang nasib aku ni..", dia membebel mengenang nasib diri sambil kembali menekan button lampu isyarat tu dengan kasar.  Dia tak peduli.  Yang penting sandal biru tu.  Takkan dia nak berkaki ayam masuk office.


-------------------------------------------------

Tangannya bergendang-gendang di stereng kereta mahal kepunyaan Abang Long.  Senyum sendiri sambil mendengar dejay JJ membebel di Hitz.fm. 


Matanya leka memandang ke arah manusia yang melintas jalan di hadapannya.  Macam-macam rupa.  Macam-macam bentuk fizikal.  Macam-macam peringkat umur. 


Namun mata nakalnya tertarik dengan susuk tubuh yang berjalan terjingkit-jingkit itu.  Cantik walaupun wajah itu sedang berkerut, desis hatinya.  Dia senyum lagi.  Senyum gatal yang penuh makna.


Dia perasan mata perempuan itu melilau memandang ke arah jalan tadi. 


"Dia cari apa?", bila hati dia mula bertanya-tanya.  Dia memang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.  Maksudnya di sini, dia suka dengan perempuan cantik yang dalam kesulitan hidup.  Dia rela bersusah payah bersama-sama perempuan cantik berdahi licin.

Dia betulkan sedikit duduk tubuhnya.  Muncul aura untuk menjadi hero sebab pada fikirannya sekarang ini, perempuan cantik itu sedang menghadapi masalah dan dia harus menjelmakan diri menghulurkan pertolongan.


Dia memang ada ciri-ciri seorang hero seperti  yang selalu digambarkan di skrin TV atau di novel-novel.  Gagah.  Sasa.  Kacak.  Bergaya.  Wangi.  Berwang.  Berkereta mahal dan besar.  Bergaji lumayan. 
Tinnnnnn tinnnnnnn !!


Bunyi hon yang memekak dari kereta belakang membuatkan dia terperanjat. 


"Ya..kejab..", dia mengomel sendiri.  Kurang sabar betul pemandu tu !!


Terkocoh-kocoh dia memasukkan gear ke D.  Kereta bergerak ke hadapan, kemudian dia memberi signal ke kiri, memberhentikan keretanya.


Dari cermin pandang belakang, dia tengok perempuan tu dah hilang.  Tertinjau-tinjau lehernya.


Ishh, dia hentak tangan di stereng kereta.  Melepas !!


"Tapi perempuan tadi memang cun", desis hatinya, dan dia kemudian beri signal ke kanan, memecut laju menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.


-----------------------------


"Psssttt...dia tak ada lah...", mendengar saja ayat penyata itu,  badannya tegak kembali.  Dah tak terhendap-hendap di balik pintu masuk office.


"Lega..", dia hela nafas.  Betul-betul lega.  Lega sangat.


"Kau pergi mana?", dia belum hilang penat lagi, reporter yang tak berbayar ni dah sibuk nak bergosip.


"Aku terlambat bangun sebab Jojo lambat bangun.  Kasut aku pulak putus", mata kawan tu mencerlung memandang dia.  Tak berkelip. 


Mendengar penjelasan tadi, terus kawan tu datang dekat ke arahnya.  Menarik kerusi yang dihadapan dia, kemudian duduk tanpa diundang. 


"Jukebox kesayangan kau tu?",


"Emmm...", memang pun.


Dia sembamkan muka di meja.  Penat ni.


"Putus kat mana?", kawan tu tanya lagi.


"Kat traffic light bawah tu..", perlahan dia jelaskan.  Kawan tu antara dengar tak dengar.  Kemudian dia bangun menuju ke pantri.  Hajat hati nak buat air.  Haus gila ni. 


Kawan yang busy body tu pun mengikut jejaknya.  Dia buat tak tahu.


Dia ambil mug biru kesayangannya.  Dia bukak laci kabinet, ambil Milo 3 in 1.  Lepas tu, dia isi suku air panas dalam mug.  Curah pulak Milo 3 in 1 tu dalam mug.  Kemudian dia masukkan pulak air sejuk ke dalam mug tadi.  Dia kacau perlahan.  Nampak Milo yang berketul-ketul tu.  Milo kegemaran dia. 


Dia hirup perlahan.  Kembali semula ke meja sambil on kan computer.  Kawan tu pun ikut sekali dengan mug berisi air kosong.


"Jadi kau lambat ni sebab terus beli sandal baru lah?  Aku nak tengok", kawan tu dah tertinjau-tinjau kakinya.  Hishhh...


"Ya lah, takkan aku nak berkaki ayam ke office.  Kopak aku bulan ni, Sharifah Umairah oi...", dia mengeluh.


Memang kopak beg duitnya.  Hajat di hati nak singgah beli sandal baru di kedai Jukebox kegemaran dia tapi sebab terpandang banner di kedai Bata yang terpampang SALE 70% sebesar-besar gajah, haruslah dia terpedaya dan terpesona.  Dan beramal jariahlah dia di kedai Bata tadi dengan sepasang kasut berharga RM35.90.
 Tak apa lah, sekali-sekala.  Itu yang dia fikir masa membayar harga kasut tadi.  Tapi masa dia jalan kaki menuju ke office dengan sandal baru,  baru fikirannya teringatkan Angah, adik perempuan kesayanyannya  yang dah berbisik mintak duit poket untuk belanja. 


Dia pun terus pergi bank-in duit kat si Angah tu.  Kalau perut dia tak berisi tak apa, tapi kalau adik dia kelaparan, macam mana?  Tak sanggup dia nak membayangkan Angah yang sedang tekun belajar itu menahan kelaparan. 


Dia dengan Angah memang dah dilatih untuk berjimat cermat.  Kesian dekat emak yang jugak ibu tunggal di kampung tu bersengkang mata mengambil upah menjahit baju.   Jadi dia tau, dia tak boleh komplen yang bukan-bukan.  Dia tahu Angah pun tau akan hakikat hidup mereka. 


Sebab dia tak pernah dengar lagi Angah bising mahukan yang bukan-bukan.  Dia selalu pesan pada Angah, belajar lah setinggi mana pun yang Angah mampu, selagi dia ada, dia akan tanggung perbelanjaan Angah.


"Laila Suria, kau ni dah dekat mana?", terkebil-kebil dia memandang Umai yang memandang dia saat ini.


Ya Allah...dia meraup wajahnya.