Terpegun Lukman Shahril melihat raut wajah kawan si montel itu.
Subhanallah cantiknya dia, hanya itu saja yang mampu dilafazkan oleh Lukman Shahril.
Entah kenapa dirinya 'terjerat' untuk menghulurkan bantuan. Lepas ternampak kejadian ragut tadi, dia terus beritahu Mak Teh tentang kepergiannya. Itupun lepas dia ternampak teksi kuning yang membawa kedua-dua perempuan itu pergi dari tempat kejadia.
Semuanya berlaku secara kebetulan. Penat melilau di kawasan rumah kedai taman perumahan kos sederhana ini, dia ternampak dari balik cermin klinik, perempuan montel itu mundar mandir di dalam klinik. Terus dia bergegas masuk ke dalam klinik dan membuat amal jariah. Niat di hati hanya ingin membantu sesama insan.
Dan sesungguhnya, Lukman Shahril benar-benar terkesima melihat wajah perempuan yang seorang ini.
Sudah berpunya kah dia? Mustahil tak ada siapa yang sudi untuk hinggap pada bunga secantik ini.
"Encik, kalau setakat nak berdiri kat situ, pandang kawan saya ni macam tak pernah tengok perempuan, baik Encik blah !!", tersentak Lukman Shahril bila perempuan montel ni mengetuk-ngetuk bumbung keretanya.
"Ha..apa?", tiba-tiba dia tersedar dari lamunan panjang. Memandang perempuan montel yang dah berpeluh-peluh dahinya.
Kemudian matanya memandang semula ke arah perempuan kurus tinggi lampai yang dah bergerak perlahan di tepi keretanya.
"Apa lah..dah lah halang laluan orang, lepas tu berlagak macam patung cendana. Mujurlah muka tu handsome, kalau tak, dah kena debik dengan aku..", perempuan montel itu masih lagi membebel sambil perlahan memimpin perempuan tinggi lampai itu.
Lukman Shahril garu kepala. Pegang rambutnya. Kusut.
"Arggghhh...", dia sepak tayar keretanya. Aduh...!! dia mengadu sakit. Mati akal dia kali ni.
Matanya memandang ke arah dua sahabat itu. Lantas tersenyum sendiri.
"Cik, tunggu !!", serentak Jojo dan Laila Suria berpusing memandang Lukman Shahril yang sedang berlari mendapatkan mereka.
"Saya hantar balik..", Lukman Shahril tunjuk sifat gentleman.
"Boleh, tapi jangan mintak upah, kami tak ada duit. Baru lepas kena ragut. Repot polis pun belum buat lagi", saja Jojo berterus terang pada lelaki ini. Dia yang offer diri. Dermawan sungguh.
"Boleh..boleh. Saya hantar ke police station..", mata Lukman Shahril meratah wajah perempuan tinggi lampai yang dah bertampal di sana sini. Macam ni pun masih cantik, gelodak hatinya berbicara.
"Kawan ni bisu ke?", selamba Lukman Shahril tanya ke arah Jojo.
"Hah??", pantas Jojo dan Suria memandang ke arah Lukmas Shahril.
"Ya lah, dia diam je..", Lukman Shahril meluahkan rasa hati. Tapi ada rasa takut juga di dalam hatinya kalau tiba-tiba didebik oleh perempuan montel yang dah macam bodyguard kepada kawannya yang cun ni.
"Dia bukan bisu, tapi menternak emas dalam mulut", ayat dari perempuan montel itu membuatkan Lukman Shahril memuntah tawa.
Suria hanya tersenyum. Jojo memang sewel.
Terpesona Lukman Shahril melihat wajah yang tersenyum itu. Jelas kelihatan lesung pipi di sebelah kiri. Menawan hati lelakinya.
No comments:
Post a Comment