Photobucket

Sunday, September 5, 2010

5

Lukman Sham tetap kelihatan cool dan gagah ketika menyuap dessert ke mulut  Murni Mariam, model  yang kini sedang meningkat naik namanya di kota metropolitan ini.  

Murni Mariam memang menggoda.  Bahasa tubuhnya menaikkan nafsu Lukman Sham.   Malam ini Murni Mariam mengenakan dress kaler pucuk pisang separas paha yang hampir meluahkan dada mengkalnya ketika mereka berjanji temu untuk kali ketiga.  

Biarpun Lukman Sham tahu niat di hati Murni Mariam, imannya masih di dada.  Tak mungkin dia akan melakukan sesuatu yang bukan kehendaknya bersama-sama Murni Mariam yang baginya hanya tempat untuk dia meluahkan rasa sunyi dan bosan.  Bak kata Alfian, tempat untuk suka-suka.

Sedang asyik berbicara mesra, tiba-tiba matanya tertangkap  sesusuk tubuh di meja yang bersetentang dengannya.  Seakan pernah dilihat wajah itu.   Lama dia berfikir.  Hampir senak akal fikirannya.


Binggo !! Berseri-seri wajah Lukman Sham.  Terpancar cahaya keimanan dimukanya.  Murni kerut dahi bila melihat senyum lebar Lukman Sham.

"Hei, you kenapa?", Murni Mariam memegang tangan Lukman Sham.  Tersentak dia.

"Hah?  Oh...you tanya apa?", Murni Mariam menarik muka.  Dia tahu fikiran Lukman Sham bukan di sini dan dia sakit hati dengan tiba-tiba.

Walau pun dia tahu reputasi Lukman Sham, Murni Mariam tidak kisah asalkan dia berjaya mencuri hati jejak tersebut.

Lukman Sham?  Siapa yang tak kenal dengan nama buaya darat seorang ni.  Sama hebatnya dia dengan Alfian namun bagi Murni Mariam, Lukman Sham lebih menggetarkan. 

Takkan setelah bersusah payah selama ini, dia nak lepaskan Lukman Sham.  Tidak !!

Argghhh, Lukman Sham tak peduli kalau Murni Mariam sakit hati sekarang ni. Yang Lukman Sham kisahkan ialah perempuan berwajah ayu dihadapannya kini.  Biar  dipisahkan dengan tiga buah meja, Lukman Sham yakin wajah ayu itu adalah perempuan sama yang melintas jalan tempoh hari.  Perempuan yang terpinga-pinga mencari sesuatu.  Perempuan yang berwajah manis.  Seraut wajah yang tak mungkin dilupakan oleh Lukman Sham. 


Mata Lukman Sham meliar memandang kumpulan kecil itu.  Pada perkiraannya mungkin mereka sefamili. Seorang lelaki dan wanita dalam pertengahan umur, ayah dan ibunya barangkali.  Kemudian seorang lagi perempuan muda berambut lurus yang tak kurang cantiknya.  Mungkin adik dia, hati Lukman Sham berteka teki.

Segera dia teringatkan Afian, buddynya dari zaman di asrama sehingga mereka sama-sama memanjat tangga Universiti di Aussie.  Kalau lah Alfian nampak perempuan ayu ini, pasti dia akan terlepas peluang.

Semua rakan mengibaratkan dia dan Alfian ibarat isi dengan kuku.  Memang mereka mempunyai selera yang sama, tak kira mengenai penampilan, gaya ataupun perempuan.

Namun diakui, Alfian lebih advance sebab setiap perempuan yang didampingnya akan dibawa ke katil, tidak bagi Lukman Sham.  Dia tak seberani Alfian.
 
"Kalau kau tak cuba, mana kau nak tahu. Itulah nikmat dunia.  Perempuan kan diciptakan untuk lelaki", kata-kata perangsang Alfian kepadanya satu ketika dulu mengenai isu katil dan perempuan.  Lukman Sham geleng kepala/

"Aku tak nak kena sifilis.  Aku masih muda dan kacak", dia luah ketakutan yang selama ini menyelebungi hidup.  Namun sempat juga dia mendabik dada.

Terbahak-bahak Alfian ketawa mendengar alasan Lukman Sham.  Geli hati dia.

"Adoi!! Kau ni nama aje playboy.  Takkan nak pakai kondom pun tak tahu", Lukman Sham ketap bibir.  Geram melihat tubuh Alfian yang menggigil-gigil memuntahkan tawa. 

"Kau ni kan macam bingai !", selamba dia tunjal kepala Alfian. Tergaru-garu kawan tu. 

No comments:

Post a Comment