Photobucket

Sunday, November 21, 2010

10

Suria menyinsing lengan baju kurung pinknya sambil membawa dua biji mug berisi air ke working station.  Sementara Umai membawa sudu dan pinggang.  Juga mengambil tempat di hadapan  Suria.

Polistren dibuka.  Dikeluarkan isi perut polistren dan dipindahkan ke dalam pinggan dengan cermat oleh  Suria.  Umai hanya memerhati.

"Kau dah layak kawin ni, Ya", terperanjat kawan tu.  Berkerut dahinya.

"Apsal?", tangannya mencapai sudu.  Mula menyuap.  Bau ikan patin masak tempoyak sangat menyelerakan. 

"Ye lah, cermat je kau buat kerja.  Penuh berhemah..", hampir tersedak Suria dengan jawapan yang diberikan Umai.

"Jawapan kau macam budak tadika, Umai.  Dah lah, makan..", penuh mulut Laila Suria dengan nasi.  Umai mengangguk. 

Kelibat Kak Zainab kelihatan.  Dia menghampiri mereka berdua.

"Makan nampak?", Kak Zainab bertanya sambil memandang jam di dinding.   Suria buat tak dengar.  Malas nak berbalah.

"Tak lah kak, tengah memancing ni.  Nak join ke?", Umai menjawab sambil menghirup air.  Selamba tapi muka Kak Zainab dah macam tertelan kapur barus.  Kelat terus.

"Sakit hati lah cakap dengan korang", dan dia berlalu pergi.  Mengambil tempatnya semula.  Kemudian Kak Zainab tekan keyboard PCnya dengan kuat.  Saja nak tunjuk perasaan marah.  Kurang ajar betul budak-budak tu.

"Macam bagus", sempat lagi Umai mendengus.  Suria menyepak kaki kiri Umai dengan kaki kanannya.  Dia mengaduh kesakitan.

"Dah lah, depan rezeki ni.  Tak baik.  Biarkah aje dia.  Lagipun dia orang tua", lembut suara Suria menyejukkan hati panas Umai.

Monday, September 6, 2010

13

Bukan main pandai Lukman Sham menukar strategi.  Sekarang mereka bertiga berada di dalam KFC berdekatan dengan office Sharifah Umairah dan kawannya yang ayu ni.

Lukman Sham mengambil tempat duduk di hadapan Sharifah Umairah sementara kawan perempuannya itu pula disebelah kiri Sharifah Umairah.  Nak mengurat bukan senang, dia memujuk diri sendiri.  Biar lambat asal dapat, motto hidup Lukman Sham.  Dia tersengih sendiri.

Oleh sebab Sharifah Umairah dan kawan perempuannya dah beli makan tengah hari, jadi mereka hanya minum sahaja.  Sementara Lukman Sham pula memesan dinner plate.  Dia cakap dekat perempuan yang berdua tu dia lapar. 

Laila Suria tak peduli dengan lelaki  yang duduk di hadapan Sharifah Umairah kini. Yang dia peduli sekarang tentang Sharifah Umairah yang dah berubah wataknya  360 darjah dalam sekelip mata.  Hilang semangat kepahlawanan, terus manja meliang liuk macam tak cukup tulang belakang.  Lepas tu, Laila Suria peduli dengan keadaan singa betina yang confirm dah siap sedia nak menyerang bila sekembalinya mereka ke office.  Mengamuk sakanlah makcik tu.  Tak sanggup nak membayangkan betapa ngerinya keadaan tersebut.  Night mare sungguh lah..

Rancak perbualan Sharifah Umairah dengan lelaki itu yang Laila Suria masih tak hafal namanya, tidak berbekas di hati Laila Suria.  Dia kuis-kuis kaki Sharifah Umairah dengan sandalnya.

"Kawan yang ni diam je, bisu ke?", hampir tersembur air milo yang dihirup Laila Suria mendengar pertanyaan lelaki berbaju hijau tu.  Tersedak-sedak dia.

Sharifah Umairah menepuk-nepuk belakang Laila Suria dengan perlahan.

"Sorry lah..saya tanya sebab you diam je dari tadi", Lukman Sham menunjukkan rasa bersalah.

"Sepatutnya I yang mintak maaf.  Nama kawan I ni Ya", Sharifah Umairah menyedari kekhilafannya tersenyum manis memandang Lukman Sham.

"Handsome dan smart.  Mesti somebody ni", Sharifah Umairah berbisik nakal sendiri. Ibarat bulan jatuh ke riba bila Lukman Sham menghulurkan salam perkenalan tadi.  Hatinya dah berbunga-bunga cinta.

Laila Suria memandang Sharifah Umairah.  Gila.

"Umai, aku balik office dulu.  Dah lambat ni.  Risau pulak kalau Tuan Haji cari", perlahan suara Laila Suria kedengaran di cuping telinga Sharifah Umairah yang masih buat selamba.  Jengkel Laila Suria dengan perangai Sharifah Umairah.

Dia bangun sambil menjinjit plastik yang berisi polistren makanan tengah harinya.  Menyumpah-nyumpah di dalam hati mengenangkan perangai Sharifah Umairah.

Melihatkan Lukman Sham yang bergegas bangun, Sharifah Umairah kelam kabut.

"Sham..wait..", terkocoh-kocoh Sharifah Umairah membontoti Lukman Sham yang tidak memberi isyarat untuk menamatkan pertemuan mereka.

12

Pelik Laila Suria dengan perangai Sharifah Umairah kali ni.  Sekejab-sekejab Sharifah Umairah tarik hujung baju kurung dia. 

"Kau ni kenapa?  Rimas lah..", tangan sebelah kiri masih tekun membelek majalah Mingguan Wanita yang terbentang di depan mata.  Perasan yang mamak kedai ni asyik menjeling memerhatikan tindakannya.

"Beli Dulu, Kemudian Baca"..ops..baru perasan ada warning signed tu. 

"Aku rasa ada orang follow kita lah..", berbisik-bisik suara Sharifah Umairah sehingga menimbulkan kerut di dahi Laila Suria. 

Siapa pulak lah nak skodeng awek macam kita ni, Sharifah Umairah.  Terasa macam nak dicekik-cekik aje leher si Sharifah yang seorang ni.  Ni mesti terpengaruh dengan filem James Bond ni.  Konon nak thrill lah tu.

Sharifah Umairah jadi sakit hati dengan Laila Suria.  Buleh Laila Suria buat don't know aje dengan perasaan dia ni.  Sharifah Umairah yakin benar lelaki berbaju hijau tu mengekori mereka. 

Saat kaki melangkah keluar dari kedai buku tu, mata Sharifah Umairah menangkap susuk tubuh orang yang disyaki.  Saspek telah berjaya ditemui.  Dia yakin seratus peratus kali ini.

"Hei...awak nak apa ha?  Tak ada kerja lain ke nak mengekor anak dara orang?", terhambur kata-kata dari mulut Sharifah Umairah.  Bercekak pinggang dia dengan beg plastik itu.

Kata-kata itu juga memeranjatkan Laila Suria.  Dan dihadapan mereka berdiri lelaki berbaju hijau itu.  Mencerlung mata Laila Suria memandang lelaki itu.  Siapa dia ni?

Lukman Sham buat selamba padahal dalam hati ni dah malu gila.  Rasanya kulit mukanya dah setebal kulit biawak komodo tu.  Malu ni !  Hampeh betul perempuan ni.  Main sound jek.  Orang yang lalu lalang memerhatikan drama mereka bertiga turut kehairanan.  Mesti diorang fikir kes gaduh laki bini.  Ataupun kes bini muda ternampak suami sedang beramah mesra dengan bini tua.  Bila Lukman Sham dah mula merepek.  Sempat lagi dia berfantasi.

"Wei..pekak ke?  Kau ikut kitorang kan?", lantang suara Sharifah Umairah. 

Dia memang geram.  Geram dengan lelaki berbaju hijau yang boleh menunjukkan muka tak bersalah.  Mujur muka kacak, sempat lagi dia memuji dalam hati.

Lepas tu, geram dengan Laila Suria yang tak percaya cakap dia.  Tu yang habis dia selamba badak menjerit kat depan kedai buku ni.  Dah macam drama spektra dulu-dulu kala pulak.

"Dah lah Umai, jom lah...", Lukman Sham dengar suara perempuan yang ayu tu memujuk perempuan seorang lagi yang garang macam singa nak mengawan.  Tapi lagak perempuan yang garang tu tetap mantain begitu.  Tegak berdiri macam dah siap sedia nak menyanyikan lagu Negaraku.

Lukman Sham fikir dia harus ambil tindakan drastik. 

"Plan harus ditukar pada saat-saat akhir..", desis hatinya.

Laila Suria dan Sharifah Umairah buat langkah berjaga-jaga bila nampak lelaki berbaju mula menapak sedikit ke arah mereka.

"Cik, saya ni cuma nak kenal dengan cik adik yang manis ni je", Lukman Sham menghulur tangannya ke arah Sharifah Umairah.  Terkejut dia..!

"Ha!!", Laila Suria turut terkesima. 

"Nak kenal je?", luntur ego Sharifah Umairah.  Dah hilang diterbangkan dek angin semangat kepahlawanan yang dia tunjukkan sebentar tadi.   Dia sambut tangan lelaki itu.

"Lukman.  Lukman Sham..", kuat genggaman Lukman Sham.  Dia memang suka mengambil kesempatan. 

"Umai...", perlahan Sharifah Umairah menyebut nama pendeknya.  Laila Suria geli hati dengan sikap Sharifah Umairah.  Tiba-tiba gorilla bertukar menjadi cacing tanah.

"Umai..??", peliknya nama dia?

"Sharifah Umairah..", tersenyum malu Sharifah Umairah. 

10

Lengan baju kurung warna merah jambu disinsing sehingga ke lengan.  Tangan membawa dua mug berisi air.  Datang Sharifah Umairah membawa dua biji pinggan dan sudu.  Seperti biasa, portluck mereka adalah di workstation Laila Suria.

Dulu naik lemas Laila Suria bila Sharifah Umairah asyik menebeng di mejanya.  Bila ditanya, Sharifah Umairah kata, Laila Suria cantik.  Jadi dia suka mengadap muka Laila Suria.  Pelik betul Laila Suria dengan jawapan Sharifah Umairah tu.

Bagi dia, Sharifah Umairah pun cantik.  Lebih cantik dari dirinya yang biasa-biasa ni.  Muka Sharifah Umairah macam minah arab.  Kening, hidung, mata, mulut semuanya cantik terletak.  Bila ditanya dia ada campur-campur gen ke dengan darah arab, Sharifah Umairah menolak.  Nama Sharifah tu pun, saja-saja ayah dia letak.  Baru lah Laila Suria faham. 

Perlahan Laila Suria membuka polistren berisi nasi berlaukkan ikan patin masak gulai tempoyak dengan sedikit ulam-ulaman dan sambal belacan ke dalam mangkuk. 

Sharifah Umairah juga buat benda yang sama.  Kemudian mereka berdua menyua makanan ke dalam mulut masing-masing.  Aduh, enaknya. 

Hari ni Tuan Hj Fadil tak ada.  Ke Mersing atas urusan bisnes.  Jadi, pergerakan mereka tak lah terbatas.  Nak ketawa pun, tak payah control-control.  Kalau ada Tuan Hj Fadil, semuanya kena cover.  Lebih-lebih lagi Sharifah Umairah, dia kan ada hati nak jadi menantu Tuan Haji Fadil. 

"Kau tak nak kawin ke Ya?", hampir tersembur nasi di dalam mulutnya.  Dia tepuk-tepuk dadanya. 

Tergelak kecil Sharifah Umairah.  Badigol betul budak ni..menyumpah Laila Suria dalam hati. 

"Kalau aku mati tercekik tadi, macam mana?", kemudian dia minum sedikit air. 

"La, aku tanya je.  Tu pun nak tersedak..bila kau nak kawin?", Sharifah Umairah tanya lagi soalan yang sama.

Pelik ni.  Betul-betul pelik.

"Kau yang dah gatal, nak tanya aku ape hal?",  Laila Suria kembali menyambung suapan.

"Aku memang lah dah gatal, tapi kau tu patutnya kawin dulu.  Kau kan lagi tua dari aku",

"Amboi mulut kau.  Tak ada insurans kan? Kau nak kena cili ke?",

Tertahan-tahan ketawa Sharifah Umairah melihat kelaku Laila Suria.

"Bukan main gatal lagi nak kawin..ingat cantik sangat ke?", tiba-tiba singa betina itu mencelah.  Terus menghilangkan mood makan mereka berdua.

"Kerja pun malas.  Asyik nak makan je, ingat ada ke orang nak buat bini perempuan macam tu?", singa betina dah mula melahar.  Laila Suria sakit hati.  Sharifah Umairah dah berpaling memandang ke arah tuan punya mulut yang berpuaka tu.

"Kak, kami punya suka lah nak kawin ke tak?  Dari akak sibuk busy body hal orang lain, baik akak jaga kain skirt paras peha anak dara akak tu.  Bogel pun belum tentu cantik..harap mekap bertan-tan.  Saya tengok anak dara akak yang kononnya baru balik dari Amerika tu dah macam babun dalam hutan je".

Terus terkebil-kebil Kak Zainab mendengar kata-kata sinis Sharifah Umairah.  Pantang nenek moyang dia menyata Zulaikha, anak tungga kesayangan dia tu.

"Korang jangan nak mengata anak dara aku.  Yang penting, anak dara aku tu dah sampai Amerika.  Belajar tinggi.  Korang apa ada?",

"Kitorang ada budi bahasa", Laila Suria menjawab. 

"Cantik jelita pulak tu.  Jangan jealous ye..", dan Sharifah Umairah bangun membuntuti Laila Suria yang dah berada di pantri. 

Meletus ketawa mereka berdua. 
"

9

Lukman Sham dan Alfian menyandar kekenyangan di dalam kereta selepas menikmati lunch di Shangri-La Coffee House. 

Kereta yang dipandu Alfian berhenti betul-betul di Jalan Silang.  Lukman Sham leka membelek i-Padnya.  Alfian memandang orang yang lalu lalang di hadapan.

"Cun giler siot..", matanya jelas menangkap susuk tubuh dua orang perempuan yang sedang melintas jalan bersama-sama dengan yang lain.  Menyeringai muka gatal Alfian.  Pada Alfian, perempuan tadi memang stok untuk dirembeskan. 

Lukman Sham yang mendengar turut memanjang lehernya.

"Mana?", Lukman Sham bertanya.

"Tu, perempuan dua orang tu.  Tapi yang pakai baju kurung pink tu tau..yang free hair tu kau ambik, kalau kau nak..", muncung mulut Alfian.

Pantas mata Lukman Sham menangkap orang yang dimaksudkan Alfian.  Sebaris senyuman terpancar.

"Bro, tu aku punya okey.  Dah hampir sepurnama aku cari perempuan tu", Lukman Sham tunjuk buku lima dia kepada Alfian.

"Woi..., motif aku nampak dulu tapi kau cakap itu kau puny?",  mata Alfian masih memandang perempuan itu sampai hilang di balik kesesakan lautan manusia yang lalu lalang.

"Aku nampak dia kat sini lah..dulu punya cerita.  Lepas tu, aku nampak dia lagi masa aku dinner dengan Murni gedik tu dekat Cinnamon.  Dah..jangan banyak bunyi, jalan.  Hijau dah tu", Lukman Sham mengisyaratkan agar kereta di pandu kerana lampu isyarat telah bertukar warna.  Mujur tak kena hon dek kereta belakang.

"Dan sila hentikan angan-angan kau tu", Alfian menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa gatal.  Bagi Alfian, warning dari Lukman Sham tidak berbekas sedikit pun. 

Namun Lukman Sham dah ada plan baik.  Terkekek-kekek dia ketawa dalam hati.

8

Terpegun Lukman Shahril melihat raut wajah kawan si montel itu. 

Subhanallah cantiknya dia, hanya itu saja yang mampu dilafazkan oleh Lukman Shahril. 
Entah kenapa dirinya 'terjerat' untuk menghulurkan bantuan.  Lepas ternampak kejadian ragut tadi, dia terus beritahu Mak Teh tentang kepergiannya.  Itupun lepas dia ternampak teksi kuning yang membawa kedua-dua perempuan itu pergi dari tempat kejadia.
Semuanya berlaku secara kebetulan.  Penat melilau di kawasan rumah kedai taman perumahan kos sederhana ini, dia ternampak dari balik cermin klinik, perempuan  montel itu mundar mandir di dalam klinik.   Terus dia bergegas masuk ke dalam klinik dan membuat amal jariah.  Niat di hati hanya ingin membantu sesama insan.

Dan sesungguhnya, Lukman Shahril benar-benar terkesima melihat wajah perempuan yang seorang ini. 

Sudah berpunya kah dia?  Mustahil tak ada siapa yang sudi untuk hinggap pada bunga secantik ini.

"Encik, kalau setakat nak berdiri kat situ, pandang kawan saya ni macam tak pernah tengok perempuan, baik Encik blah !!", tersentak Lukman Shahril bila perempuan montel ni mengetuk-ngetuk bumbung keretanya.

"Ha..apa?", tiba-tiba dia tersedar dari lamunan panjang.  Memandang perempuan montel yang dah berpeluh-peluh dahinya.

Kemudian matanya memandang semula ke arah perempuan kurus tinggi lampai yang dah bergerak perlahan di tepi keretanya.

"Apa lah..dah lah halang laluan orang, lepas tu berlagak macam patung cendana.  Mujurlah muka tu handsome, kalau tak, dah kena debik dengan aku..", perempuan montel itu masih lagi membebel sambil perlahan memimpin perempuan tinggi lampai itu.

Lukman Shahril garu kepala.  Pegang rambutnya.  Kusut. 

"Arggghhh...", dia sepak tayar keretanya. Aduh...!! dia mengadu sakit.  Mati akal dia kali ni.

Matanya memandang ke arah dua sahabat itu.  Lantas tersenyum sendiri. 

"Cik, tunggu !!",  serentak Jojo dan Laila Suria berpusing memandang Lukman Shahril yang sedang berlari mendapatkan mereka. 

"Saya hantar balik..", Lukman Shahril tunjuk sifat gentleman. 

"Boleh, tapi jangan mintak upah, kami tak ada duit.  Baru lepas kena ragut.  Repot polis pun belum buat lagi", saja Jojo berterus terang pada lelaki ini.  Dia yang offer diri.  Dermawan sungguh.

"Boleh..boleh.  Saya hantar ke police station..", mata Lukman Shahril  meratah wajah perempuan tinggi lampai yang dah bertampal di sana sini.  Macam ni pun masih cantik, gelodak hatinya berbicara. 
"Kawan ni bisu ke?", selamba Lukman Shahril tanya ke arah Jojo. 

"Hah??", pantas Jojo dan Suria memandang ke arah Lukmas Shahril.

"Ya lah, dia diam je..", Lukman Shahril meluahkan rasa hati.  Tapi ada rasa takut juga di dalam hatinya kalau tiba-tiba didebik oleh perempuan montel yang dah macam bodyguard kepada kawannya yang cun ni.

"Dia bukan bisu, tapi menternak emas dalam mulut", ayat dari perempuan montel itu membuatkan Lukman Shahril memuntah tawa. 

Suria hanya tersenyum.  Jojo memang sewel.

Terpesona Lukman Shahril melihat wajah yang tersenyum itu.  Jelas kelihatan lesung pipi di sebelah kiri.  Menawan hati lelakinya.

7

Jojo mundar mandir di Poliklinik Ishak yang pada masa ini tiada pesakit datang untuk mendapatkan rawatan lagi.  Maklumlah klinik baru dibuka tadi masa mereka menerpa masuk mencari doktor.  Jojo meninjau-meninjau keadaan Suria yang masih mendapatkan rawatan.   

Kebetulan ada pakcik teksi yang sanggup bawa Suria ke klinik lepas kena ragut tadi.  Free pulak tu. Syukur Jojo kepada Allah swt.  Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik pakcik teksi tadi.

Dia kepal-kepal tangannnya yang tembam.  Ketiaknya sedikit basah akibat berlari mendapatkan mat rempit a.k.a peragut tadi.  Bodoh!  Teriaknya masa mat rempit durjana itu menjelirkan lidah ke arahnya.    Dan di saat kelam kabut tadi, Jojo sudah terlupa tentang barang dapur yang baru dibeli.

Tapi kalau lah Jojo dapat mat rempit tu, memang Jojo akan tunjal-tunjal kepala dia.  Dasar tak pergi sekolah.  Nak jadi penyamun sampai mampus agaknya, Jojo merungut. Mendengus kecil.

"Ishh, time macam ni lah perut buat perangai", Jojo pegang perutnya bergegas sambil mendapatkan toilet yang terletak di bahagian belakang klinik berdasarkan kepada signboard kecil di dinding klinik.

Staff di kaunter klinik memandangnya sambil ketawa gelihati.  Argghhh, Jojo tak peduli. 

Hampir sepuluh minit, dia keluar semula ke ruang menunggu.  Didapati Suria masih di dalam bilik rawatan.

Kepalanya dipalingkan bila terdengar bunyi engsel berkeriut.  Pintu bilik doktor dibuka.  Tersembul wajah lesu Suria yang dah bertampal di dahi.  Lututnya juga.  Di sebelah Suria kelihatan seorang figura berbaju kemeja kotak-kotak berspek mata dengan rambut disisir kemas.  Handsome, mesti doktor,  Jojo berkira-kira.   Dia hadiahkan senyum manis.

Cepat-cepat Jojo memapah Suria.  Terdengket-dengket minah tu berjalan.  Dengan perlahan mereka mendapatkan kerusi di hadapan kaunter bayaran.

"Wei, aku mana ada duit sekarang.  Duit semua dalam purse tadi", rintihan Suria didengari Jojo.

"Mesti mahal ni sebab siap cuci luka", Suria merintih lagi.

Ishh, rimas betul Jojo dengan perangai Suria yang satu ini.

Jojo tahu masalah Suria.  Masalah kewangan yang membebankan.  Tapi apa gunanya dia sebagai kawan kalau tak menolong. 

"Tu lah, kau suka sangat jalan berlenggang.  Dah banyak kali aku pesan, purse tu simpan dalam kocek seluar.  Kau tak nak dengar cakap aku.  Sekarang  ni nak buat macam mana?", saja Jojo menggertak Suria.  Juga mengingatkan Suria tentang perangai buruknya. 

Suria hanya diam.  Tahu khilaf diri sendiri.  Cuma sesekali  dia mengaduh sakit.

Tapi betullah, dia nak bayar duit ubat tu pakai apa?  Pakai daun?  Mana ada duit sekarang ni.  Semua dah dirampok tadi. 

Budak perempuan di dalam kaunter ubat itu kelihatan sedang menulis sesuatu.

"Kita share..",

Tercengang-cengang Suria bila dengar Jojo cakap macam tu.  Tapi belum sempat dia nak tanya lebih, Jojo dah bangun mendapatkan budak perempuan di kaunter ubat tadi.

"Nak share?  Share pakai bulu kaki boleh lah", Suria mengomel sendiri. 

Dipandangnya Jojo yang masih berada di kaunter ubat.


Staff klinik menerangkan preskripsi ubat-ubat kepada Jojo dengan tekun.  Jojo hanya diam mendengar.


"Berapa  ya?", mulut bertanya tetapi dalam hati berdoa agar harga ubat itu tak semahal harga beg Carlo Rinonya yang baru dia rembat.  Itupun lepas dapat diskaun 70% masa Mega Sale bulan lepas.
 "Ohh tak per Cik.  Semua dah selesai", staff itu memberitahu sambil tangannya ligat memasukkan ubat-ubat ke dalam plastik.

Jojo kehairanan.  Tak faham ni.

 "Maksud Cik?", Jojo garu kepalanya.  Staff itu masih tersenyum.  Dia pandang Suria yang terpinga-pinga.

"Tadi ada lelaki masuk klinik.  Dia tanya patient.  Lepas tu dia tanya pulak harga ubat dan charge rawatan.  Dia bayar.   Lepas tu dia terus keluar", penjelasan staff yang namanya Liza berdasarkan name tag di dada kirinya itu tidak memuaskan hati Jojo. 

Tapi Jojo dah malas nak ambil pusing sebab dia rasa pening kepala sekarang ni.

"Tak pe lah Cik, terima kasih", plastik ubat beralih tangan.  Jojo kembali mendapatkan Suria yang dah tegak berdiri. 



"Berapa?", Suria bertanya saat kaki mereka menjejaki koridor luar pintu klinik.

Pertanyaan Suria dibiarkan oleh Jojo.  Bukan Jojo marah, cuma Jojo masih memikirkan siapakah lelaki budiman yang sanggup membayar kos rawatan tadi.

Suria geram dengan sikap tak endah Jojo.  Suria tahu dan yakin sangat yang harganya mahal.  Tadi Suria dah cakap yang dia tak apa-apa tapi Jojo  berkeras nak bawa dia ke klinik.  Dan sekarang ni Jojo pulak tarik muka empat belas dengan dia.

"Sorry lah sebab menyusahkan kau", perlahan suara Suria.

"Kena puasa lah aku lepas ni..", Suria merungut lagi.


"Baik kau bawak tempurung, Ya..mintak derma dekat masjid", mendengar itu, Laila Suria mencubit lengan Jojo yang berlemak.  Kenyal betul daging budak ni.  Menjerit dia.


"Kau nak suruh aku mintak sedekah ke?",


"Dah kau asyik bising je.  Cuba percaya rezeki Tuhan..", bila Jojo dah mula nak bertazkirah.


"Ya lah, makcik..", Jojo buka pintu klinik perlahan, membiarkan Laila Suria meloloskan diri.  Mengaduh dia kesakitan. 


Saat menuruni anak tangga di depan klinik, tiba-tiba sebuah Mazda RX-8 kaler hitam berhenti betul-betul dihadapan mereka.  Menghalang laluan.  Membuatkan Jojo tiba-tiba naik angin.


"Buta ke apa? Aku yang dah cukup besar ni pun dia boleh tak nampak..",


"Jo, dah lah, celah sini kan muat lagi kalau kau nak lalu..", memang ada sedikit ruang, betul-betul muat untuk Jojo yang montel itu.


Selang beberapa minit, pemandu dari dalam kereta itu menunjukkan dirinya.